hit counter

Powered by web analytics software.

Saturday, September 18, 2010

TERCAPAIKAN MATLAMAT PERKASA MEMPERKASAKAN MELAYU?




Dimana-mana, orang Melayu perkatakan tentang Perkasa, pro dan kontranya. Malangnya bila ada NGO dan parti politik yang mewakili kaum Cina membantah kehadiran perkasa, maka ada pemimpin Melayu, individu-individu serta NGO dan parti yang mewakili bangsa Melayu akan lebih lantang mempertikai dan membantah kehadiran Perkasa.

Apakah orang Melayu terlalu cepat melatah? Atau terlalu berusaha mengambil hati kaum Cina sehingga sanggup korbankan kepentingan bangsa sendiri? Apakah mereka sedar apa yang mereka lakukan atau sememangnya mereka ini jahil serta merelakan dan membiarkan diri diperalatkan untuk memushankan bangsa sendiri?

Memang Perkasa tidak 100% 'perfect'. Memang ada kecacatan disana dan disini. Saya sendiri selalu menentang kemasukkan orang-orang UMNO dalam kepimpinan Perkasa yang membuatkan umum berpendapat Perkasa adalah kembar kepada UMNO.

Saya juga menentang kemasukkan bekas pemimpin UMNO kedalam Perkasa untuk memimpin NGO ini yang mana menampakkan bahawa Perkasa adalah gudang kepada barang-barang lusuh, atau tempat dimana mereka yang telah tergelincir cuba untuk memanjat semula.

Perkasa di peringkat negeri, daerah dan cawangan harus menjauhi pandangan umum bahawa Perkasa adalah gedung barangan lusuh dengan memberikan peluang kepimpinan baru untuk memimpin Perkasa. Supaya Perkasa akan diterima bukan saja oleh orang-orang UMNO bahkan mereka dari Pas juga bersedia menyertainya, maka barulah hasrat untuk memperkasakan dan menyatukan Melyu itu akan tercapai.

Apakah Perkasa mendengar keluhan ini? Di Pahang, saya telah membisikkan kepada YDP Perkasa Negeri Dr. Zubir Harun, namun jawapan yang saya terima hanyalah kebisuan. Jangan nanti salahkan orang Melayu kerana menolak Perkasa kerana kelemahan Perkasa itu sendiri.


Monday, April 12, 2010

PERKASA KEKUATAN BANGSA MELAYU

Melayu yang berjuang dulu untuk Melayu hari ini.



Kemana lagi bangsa Melayu akan pergi? Diamana lagi tempat yang boleh bangsa Melayu bergantung harap jika kuasa politik Melayu berpecah belah.

Keadaan politik dan kerakusan politikus bangsa Melayu membuatkan sedikit demi sedikit kuasa politik bangsa Melayu terhakis kerana kompromi keterlaluan dengan bangsa asing, justru akhirnya bangsa Melayu kehilangan kekuatan dan hanya berharap kepada bantuan dan sokongan bangsa lain.

Kita tidak melihat adanya peluang bagi politikus bangsa Melayu untuk bersatu dibawah mana-mana parti yang mewakili bangsa Melayu lagi dan keadaan ini semakin hari semakin parah dan sangat membimbangkan semua pihak khususnya semua orang Melayu. Kerana itu hanya Perkasa lah tempat dimana orang Melayu akan bergantung harap kelak.

Perkembang terkini memperlihatkan Perkasa telah bangun dengan gagahnya diseluruh negara, di Pahang YDP nya Dr. Zubir kelihatan kommited perjuangkan bangsa Melayu. Di Jerantut,Pengerusi Perkasa Daerah Sdr. Azlan juga menampakkan keinginannya untuk bergerak kearah itu. Saya dalam pertemuan dengan beliau tidak lama dulu telah menyatakan sokongan saya untuk sentiasa membantu beliau dalam apa cara sekalipun bagi meneruskan perjuangan memertabatkan bangsa Melayu.

Kita berharap akan lebih ramai oranhg-orang Melayu sama ada dari UMNO atau Pas yang akan menyertai dan menjadi ahli Perkasa. Kita harus memandang bahawa hanya Perkasa yang akan mampu perjuangkan kedaulatan sebuah bangsa bernama Melayu.

Sunday, February 21, 2010

ROH DAN SEMANGAT DEB MESTI ADA DAN DIPERKUKUHKAN DIDALAM MODEL EKONOMI BARU

Kemiskinan Melayu luarbandar yang masih ketara



Banyak pihak dari pembangkang mempertikaikan Dasar Enokomi Baru atas berbagai sebab dan alasan. Kita tidak hairan jika itu datangnya dari bangsa lain, namun jika ianya dari bangsa Melayu sendiri yang terpengaruh oleh bangsa lain untuk meruntuhkan bangsa sendiri kita jadi pelik dan kecewa.


Apakah kepentingan politik kepartian lebih diutamakan dari kepetingan anak bangsa sendiri? Janganlah gadaikan bangsa dan anak peribumi hanya kerana meraih keuntungan politik sendiri dan parti kerana jika sesuatu itu telah terlepas dari tangan kita, kita tidak akan mampu mendapatkannya kembali.


Saya berharap tilusan dibawah ini akan dapat memberikan penerangan jelas seterusnya kesedaran terhadap isu sebenar dan impak yang akan bangsa Melayu tanggung jika kita gagal kekalkan DEB ini secara jelasnya membantu anak bangsa dan peribumi.





Tun Razak telah menggubal suatu model pembangunan ekonomi yang tersohor iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengimbangi dan membantu pasaran supaya turut memikirkan tanggungjawab sosial. Tetapi selepas pilihanraya umum 2008 DEB terus dikritik dan ditentang dengan keras oleh pelbagai pihak. Dua alasan yang mereka berikan ialah:

1. Pertama, dasar itu bertentangan dengan peraturan ekonomi pasaran.

2. Kedua, mereka berkata, dasar itu bersifat perkauman atau rasis, yakni dasar itu dikatakan pro-Melayu/bumiputera dan anti kaum lain, atau dikatakan bahawa DEB adalah dasar diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Akibatnya, kata mereka, pelaburan asing tidak tertarik atau takut-takut untuk melabur di Malaysia, dan ekonomi Malaysia merosot, tidak maju dalam tempoh DEB itu.


Apa bukti yang menunjukkan bahawa dasar itu adalah dasar ekonomi Melayu, dasar rasis, dasar anti pasaran, dasar diskriminasi terhadap kaum lain sehingga menyebabkan dalam tempoh 20 tahun usia DEB kaum-kaum lain dizalimi, dipinggirkan dari kemajuan ekonomi negara sedangkan kaum bumiputera hanya 30%, bukan 60% atau 50% ekonomi negara.


Di dalam tempoh tempoh 20 tahun usia DEB kemajuan yang dicapai oleh kaum bukan Melayu dalam bidang perniagaan dan kuasa milik ekonomi secara ‘private’ terus meningkat berkali ganda, meninggalkan kaum Melayu jauh-jauh ke belakang. Dalam tempoh itulah ekonomi negara bertambah maju. Ekonomi Malaysia disenaraikan sebagai ekonomi yang ke-29 terbesar di dunia.


Itu semua adalah hasil daripada pembangunan ekonomi yang pesat yang dijanakan oleh DEB melalui pembinaan beberapa banyak infrastruktur baru, melalui pemberian beberapa banyak insentif untuk menggalakan pelaburan dalam negeri dan menggalakkan kepenggunaan atau ‘consumption’, mencurahkan wang dalam pasaran perusahaan awam yang faedahnya juga mengalir dengan banyak ke dalam pasaran eonomi swasta.



Sebenarnya golongan ini bebal sejarah dan kenyataan tahap pencapaian ekonomi bumiputra. Benar kita memerlukan penilaian terhadap dasar dan perlaksanaan. Tetapi menafikan kejayaan DEB adalah keterlaluan dan menuduh seluruh DEB adalah penyelewengan adalah pembohongan.


Memang DEB memerlukan pemeriksaan di atas pencapaian oleh pihak yang dipertanggungjawabkan, tetapi menuduh DEB sebagai dasar perkauman, tidak adil dan gagal adalah keterlaluan. DEB merupakan penterjemahan roh perlembagaan dalam usaha memulihkan nasib generasi bumiputra yang ketinggalan sejak berzaman atas apa jua alasan yang diberikan sejarah. Perbedaan struktur asasi masyarakat mengikut garis ethnik dalam bidang pekerjaan, pendapatan dan harta memerlukan jangka masa yang lama hingga memerlukan beberapa generasi untuk dipulihkan.


Perlu dingatkan orang Melayu telah banyak berkorban sejak merdeka lagi dengan dasar ‘quid pro quo’ (dasar beri memberi) tentang bagaimana besarnya tolak ansur bangsa Melayu terhadap kemasukan orang asing ke dalam negara mereka sehinggakan di negeri-negeri Bersekutu (Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan) bilangan kaum Cina telah mencapai angka 64 peratus keseluruhannya (1931). Angka-angka inilah yang menyebabkan orang Melayu ketika itu diburu oleh satu kebimbangan baru. Pun begitu, orang Melayu tidak marah kepada imigran Cina atau India, malah tidak juga kepada penjajah Inggeris.


Ratusan tahun Melayu menghadapi penjajahan dan kesannya melalui kemasukan kaum asing. Satu dasar yang dipaksakan terima. Dengannya persaingan bermula. Memang terdapat peningkatan tahap ekonomi kaum bumiputra semenjak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970. Namun dalam membetulkan perbedaan ketara struktur asas ekonomi ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat 20 tahun. Ia memerlukan lebih dari itu disamping diberikan bimbingan dalam menghadapi dunia pasaran bebas terbuka. Sejak merdeka, UMNO yang didukung oleh komponen parti perikatan dan kemudiannya BN menyokong gagasan pemulihan ini. Ini merupakan satu tindakan yang sah menurut semangat perlembagaan yang berasaskan prinsip “quid pro quo” (dasar beri memberi), yakni toleransi Melayu dalam soal penerimaan kerakyatan kaum lain dibalas dengan dasar perlindungan yang sah.


Kalau kita mengkaji Suruhanjaya Reid, ia mengatakan kalau kita mengambil hak Melayu secara tidak terancang ia boleh meruntuhkan pembinaan bangsa dan negara. Atas sebab itu PERKASA tidak bersetuju jika ada pihak mengatakan bahawa Perkara 153 memberi kelebihan melampau kepada orang Melayu. Ini kerana sistem tersebut mesti bergerak dengan hak-hak munasabah terhadap bangsa lain.


Suruhanjaya Reid merujuk salah satu terma Perlembagaan ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain, jadi apabila kita menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna kita mengabaikan bangsa lain. Untuk membina sebuah negara yang aman dan damai serta mewujudkan kestabilan politik kita memerlukan kesaksamaan dan keadilan.Keadaan ekonomi yang berat sebelah serta usaha mencabar persetujuan perlembagaan yang sah ini telah mengakibatkan peristiwa ketidakstabilan negara seperti yang terlihat dalam peristiwa berdarah 13 mei 1969. Benarlah apa yang pernah dinyatakan oleh Secretary Gates; “Failure in economics can lead to failure in security; counter-wise, failures in security can create economic crises..”


PERKASA negeri Pahang berpendapat bahawa dalam keadaan yang diperlukan untuk kepentingan negara, demi keadilan ekonomi antara kaum dan demi perpaduan kebangsaan (‘national unity’) kerajaan berhak melakukan tindakan ‘social intervention’ untuk memastikan bahawa ekonomi negara ini tidak menjadi medan ‘free-for-all’, medan persaingan yang tidak adil antara kaum, medan eksploitasi dan monopoli ekonomi sehingga boleh menimbulkan perpecahan antara kaum dalam bidang pembangunan ekonomi.


Perlembagaan Malaysia mempunyai satu peruntukan khas di bawah Perkara 153 bertujuan memelihara orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera termaktub di bawah klausa (2) Perkara 153. Ia menggariskan bahawa Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau Kabinet, berkuasa menyelamatkan atau menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dengan menentukan kedudukan mereka dalam perkhidmatan awam, agihan biasiswa atau pendidikan atau latihan atau lain-lain kemudahan yang diberikan kerajaan termasukpermit atau lesen perniagaan.


Daripada peruntukan ini jelas bahawa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas. Ini jelas merupakan hak, harta dan pusaka yang haruslah kita pertahankan dengan nyawa dan kekuatan yang ada ada pada kita. Dan jangan sekali-sekali kita membiarkan ia di cairkan atau “diluted” oleh mana-mana pihak atas apa-apa asas atau sebab pun oleh kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Sejak negara ini merdeka pada 1969, Tun Razak telah menjadi Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan danpelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program affirmative yangmemberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera di bidang sosio-ekonomi. Perkara 153 inilah yang menjadi sumber kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN).


Sehubungan dengan itu, PERKASA negeri Pahang mendesak kerajaan agar Model Ekonomi Baru yang akan digubal oleh pihak kerajaan WAJIB menjadikan Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program Model Ekonomi Baru. Jika dasar-dasar yang melahirkan program-program affirmative ini tidak diberi penekanan di dalam Model Ekonomi Baru maka orang Melayu dan Bumiputera akan melarat dan terpinggir di negara asal mereka sendiri.

(klik ke sumber asal)

Monday, February 15, 2010

BERANI ANAK MELAYU - IBRAHIM ALI YANG BERANI HERDIK AUSTRALIA

Ibrahim Ali, Presiden Pribumi Perkasa



Lebih daripada 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan 50 wakil rakyat itu menghantar satu surat menuntut agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu digugurkan.

Pengerusi jawatankuasa kecil bagi hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad, semalam.

Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”

- demikian lapor Sabah Daily


Soalnya, kenapa Australia turut campur urusan pentadbiran negara kita?

Kenapa mereka terlalu prihatin mengenai kes Anwar Ibrahim ini? Apakah mereka membela Anwar atau mempertahanka kes liwat?

Apakah hubungaan yang terjalin diantara Anwar dengan Australia sehingga beliau mendapat simpati sedemikian rupa? Kenapa mereka tidak turut serta meminta digugurkan kes-kes lain seumpamanya?

Ternyata ini adalah kerana adanya perbuatan terancang / konspirasi yang mempergunakan negara lain untuk membantu dirinya mengelakkan dari kes liwat ini dari dibacarakan.

Apakah undah-undang hanya untuk rakyat marhaen saja dan orang-orang yang berpengaruh dikecualikan dari perlaksanaan undang-undang?

Rakyat Malaysia membantah sekeras-kerasnya sebarang campurtangan negara lain dalam urusan pentadbiran negara kita. Malaysia sebuah negara berdaulat dan merdeka, kita tidak lagi ingin dijajah sama ada secara fizikalnya mahupun minda.

Mujurlah, kita masih ada anak Melayu yang berani bersuara dengan lantang membantah campurtangan 50 ahli parlimen Auatralia itu. Anak Melayu ini adalah Datuk Paduka Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa. Marilah kita bersama bersatu didalam Perkasa bagi memperkasakan bangsa kita yang bernama Melayu yang semakin hari semakin layu dan lesu.


Friday, February 12, 2010

ZAHARIN HASHIM - KESEDARAN MELAYU


Datuk Seri Zaharin Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru disahkan melepaskan segala jawatannya dalam Parti Keadilan Rakyat dan berkuat-kuasa serta merta. Kita pasti tindakan ini diambil adalah diatas kesedarannya terhadap perjuagan dan perpaduan bangsa Melayu yang semakin lemah dewasa ini.

Kita percaya, bahawa seluruh umat Melayu sangat mengalu-alukan langkah yang diambilnya itu dan kita berharap akan lebih ramai lagi ahli-ahli parlimen dan ADUN bangsa Melayu yang akan mengambil tindakan sama, keluar dari parti-parti pembangkang dan menyokong kerajaan BN yang diterajui UMNO.

Jangan kita biarkan segalanya hilang baru kita akan menyesal kemudian nanti. Semoga anak-cucu kita tidak akan mencerca dan menyumpah kita kerana kegagalan kita untuk bersatu dan mempertahankan Tanah Melayu bumi pusaka ini.

Tuesday, February 9, 2010

MELAYU KETANDUSAN PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR BERANI

Dato' Harun Idris



Kepimpinan Melayu kelihatan semakin lemah kebelakangan ini. Kelemahan ini mengakibatkan bangsa Melayu dan pemimpinnya terpaksa bertolak ansur dengan segala macam permintaan dan desakan bangsa Cina dan India. Kita benar-benar dalam dilema kerana ketandusan pemimpin Melayu yang benar-benar ada semangat perjuangkan bangsa.

Siapakah pemimpin harapan kita masa depan sebagai tokoh yang perjuangkan bangsa Melayu, yang boleh dianggap sebagai Ultra Malay? Mampukah Mukhriz? KJ pun kelihatan tidak! Jadi siapa lagi selain mereka? Bangsa Melayu masih tercari-cari pemimpin sebenarnya waktu ini.

Kita imbas kembali, seorang tokoh yang tidak akan kita lupakan sebagai seorang pejuang bangsa Melayu. Yang namanya akan tetap harum dikenang sebagai pahlawan terbilang. Sedekahkan Al-fatihah dan berdoa semuga Allah cucuri rahmat keatas roh-nya.



Dato' Harun Idris (22 Disember 1925 – 19 Oktober 2003) ialah Menteri Besar Selangor yang kelapan yang merupakan ahli politik dan pejuang Melayu yang terkenal terutamanya di negeriSelangor. Di samping itu, beliau adalah tokoh sukan yang penting dalam arena bola sepak bagi negeri Selangor dan juga Malaysia.


Dilahirkan di Petaling, Selangor, abangnya Datuk Hj. Kamaruddin Idris juga telah menjadi Menteri Besar Terengganu. Harun mula bekerja dengan Perkhidmatan Pentadbiran Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1953, beliau belajar undang-undang di Middle Temple, London, United Kingdom.

Apabila Harun tamat pengajiannya dua tahun kemudian, beliau pulang ke Malaysia dan meneruskan khidmatnya dalam kerajaan sehingga mencapai pangkat tertingginya sebagai Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Selangor.


Kerjaya politik:
Beliau mula berjuang untuk kemerdekaan Malaysia pada awal 1950-an apabila menyertai Persatuan Selangor Malaysia. Oleh sebab minatnya yang mendalam dalam bidang politik, beliau meletak jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Selangor pada Mac 1964 untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Harun berjaya memenangi kerusi di daerah Morib dan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, suatu jawatan yang dipegangnya selama lebih satu dekad. Semasa beliau berkuasa, negeriSelangor telah mencapai banyak perubahan. Sebagai ahli pemuda UMNO, beliau telah cuba membela nasib rakyat Melayu, terutamanya di kawasan bandar.

Antara ujian Harun yang paling getir ialah ketika Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi.
Rusuhan orang Melayu dan pembunuhan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dikatakan terjadi bermula dariRumah Menteri Besar Selangor yang terletak di hujung Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Walaupun begitu, tragedi 13 Mei 1969 telah memberi kesempatan kepada Harun untuk menarik ribuan keluarga ke Kuala Lumpur dan mereka dibenarkan mendirikan rumah setinggan di sekitar bandar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan beberapa kawasan lain. Di samping itu Kerajaan Selangor telah meluluskan beribu - ribu tapak rumah kepada setinggan - setinggan di sekitar Petaling Jaya, Ampang , Ulu Kelang yang meliputi kampung Datuk Keramat.


Pemenjaraan:
Harun dipersalahkan kerana tuduhan rasuah berkaitan dengan Bank Rakyat. Pada tahun 1975, perlawanan tinju antarabangsa diadakan di Kuala Lumpur antara Muhammad Ali dariAmerika Syarikat dengan Joe Bugner dari Britain. Pertandingan ini tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya menyebabkan beliau dibicarakan dan dihukum penjara selama 8 tahun.

Pada 1 Mac 1977, Harun dipenjarakan di Penjara Pudu selama tiga setengah tahun, iaitu selepas menjalani setengah daripada hukumannya yang sepatutnya tamat pada tahun 1984. Beliau dibebaskan pada tahun 1981 selepas Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.

Harun dipenjarakan kerana Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, seorang yang tegas dan memegang prinsip undang-undang. Penyokong Harun meminta jasa baik Tunku Abdul Rahman agar Harun dibebaskan. Sebenarnya pada 1969, Harun telah memalukan Tunku kerana tidak berjaya membela orang Melayu sehingga terjadi Peristiwa 1969 itu. Tunku menasihati Harun menerima hukuman itu dan kemudian membuat rayuan. Rayuan dikemukakan kepada Tun Hussein selaku Perdana Menteri, tetapi rayuannya ditolak.

Pada 28 Julai 1981, Yang diPertuan Agong Malaysia Sultan Haji Ahmad Shah mengadakan Persidangan Lembaga Pengampunan. Laporan dari penjara dan jasa-jasa Harun dipertimbangkan. Pada 1 Ogos 1981, Harun dibebaskan oleh Lembaga Pengampunan. Maka pada 31 Ogos 1981, Sultan Ahmad Shah memberi pengampunan kepada Harun sempena Jubli Perak Merdeka.

Pembebasan Harun menimbulkan beberapa implikasi:
Seseorang rakyat boleh diampunkan oleh Raja dan ini membelakangkan keputusan mahkamah dan para hakim. Apakah kes-kes lain turut boleh diampunkan?
Penyokong Harun bersyukur dan berdiam diri.

Segelintir penyokong Harun merayu beliau aktif semula dalam politik. Mengikut undang-undang pertubuhan , seseorang yang telah dipenjarakan, sungguhpun telah dibebaskan, masih tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Jadi Harun tidak boleh bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun, kecuali mendapat pengampunan.

Jika Harun diampunkan, ini bermakna Harun mungkin boleh dilantik semula menjadi Menteri Besar, Menteri, malahan Perdana Menteri Malaysia.
Harun dipilih sebagai Naib Presiden UMNO, kedudukan ke-3 dalam hierarki UMNO pada tahun 1981.


Menyertai Semangat 46:
Apabila UMNO diharamkan pada 1988 akibat bantahan UMNO 11, Harun Idris menyertai Parti Semangat 46. Beliau berkempen di seluruh negara agar orang Melayu menyertai Semangat 46. Harun turut berkempen di Tasek, Ipoh, Perak . Apabila pilihan raya kecil Ampang Jaya diadakan pada 1989, Harun Idris bertanding di Ampang Jaya. Barisan Nasional / MCA diwakili oleh Ong Tee Keat, satu tokoh baru dari MCA. Ramai pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu berkempen di Kampung Ampang Campuran , Ampang Jaya. Malangnya Harun Idris tewas kerana ketokohannya sebagai pejuang Melayu 13 Mei telah luntur. Pengundi Cina masih ingat akan peranan beliau semasa 13 Mei.


Sebagai tokoh sukan:
Sebelum mengorak langkah dalam arena politik, Harun telah menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selama 18 tahun mulai daripada tahun 1961. Beliau merupakan peneraju utama dalam menghimpunkan pasukan bola sepak yang terbaik yang telah memenangi Piala Malaysia selama beberapa tahun. Harun kemudiannya digantikan oleh anaknya, Mazlan Harun.

Pada 1972, Harun telah dilantik sebagai ketua perwakilan untuk kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Munich, Jerman. Lebih sedekad selepas itu, iaitu pada 1984, beliau diberi penghormatan sekali lagi apabila dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Selain daripada bola sepak, beliau sangat aktif dalam sukan golf dan pernah menjadi presiden Persatuan Pemain-pemain Golf Profesional Malaysia (MPGA) antara 1984 hingga 1989.

Namun begitu, keghairahannya dalam mempromosikan sukan telah membawa kepada kejatuhannya. Pada tahun 1975, Harun telah menganjurkan suatu perlawanan tinju bertaraf antarabangsa antara Muhamad Ali dengan Joe Bugner. Walaupun perlawanan ini telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah arena sukan antarabangsa, beliau kemudiannya disabitkan bersalah kerana rasuah. Perbuatan rasuah itu disebabkan oleh tekanannya untuk membiayai kerugian yang amat besar daripada penganjuran perlawanan tinju tersebut.


Sumber: Wikipedia Ensiklopedia


Friday, February 5, 2010

MELAYU MESTI BERSATU

Lakaran: Perjuangan Melayu sebelaum Merdeka dahulu, mari kita ulangi sekali lagi




Tidak dapat dinafikan perpecahan dikalangan kaum Melayu telah terlalu parah. Parti-parti politik sama parti politik perkauman seperti Umno dan Pas bahkan juga PKR telah menyebabkan perpecahan kaum Melayu menjadikan bangsa Melayu semakin lemah dah tidak punya suara lagi.

Justru, bangsa Melayu diseru supaya kembali bersatu didalam sebuah pertubuhan NGO yang dinamai Pribumi Perkasa bagi merapatkan semula jurang perbezaan diantara sama sebangsa. Kita mesti lupakan fahaman politik masing-masing dan menolaknya ketepi buat sementara dan menggabung didalam Perkasa sebagai satu wadah perjuangan bangsa Melayu.

Tidak salah berjuang dalam politik dan mempunyai pegangan terhadap mana-mana parti politik sekalipun, namun demi perjuangkan bangsa Melayu, kita harus bersatu didalam Perkasa dengan menolak fahaman politik buat sementara waktu.

Bangsa cina yang bijak berpolitik telah mengamalkan perkara yang sama terlebih dahulu. Kerana itu kita lihat, mereka mungkin berlainan pendapat berlandaskan politik dalam satu-satu hal namun suara mereka tetap sama dalam memperjuangkan kepentingan bangsa mereka. Tidak kah kita sedar itu? Atau kita sedarinya namun dalam hati Melayu kita masih ada menyimpan dendam dan dengki iri hati sesama sebangsa.

Sekiranya kita tidak mengubahnya, bangsa Melayu akan semakin menjadi suara minoriti dalam negara dana tidak juga mustahil segala adat dan budaya Melayu juga akan pupus suatu hari nanti.