Tuesday, April 26, 2011
APABILA MELAYU BERPECAH-BELAH, CINA MENGISI SETIAP RUANG
Sunday, April 24, 2011
MELAYU BERJUANG
Sunday, December 12, 2010
MELAYU - APA YANG TINGGAL?
"MCA tidak mahu ada sistem “abang besar, abang kecil” dalam BN. Keputusan penting kerajaan jangan dibuat di dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, sebaliknya keputusan itu perlu dibuat dalam Kabinet. Pemimpin UMNO perlu berhenti menggunakan perkatan sensitif seperti “pendatang” (immigrants), “penumpang” (passengers), “terhutang budi” (indebted to), “kurang patriotic” (unpatriotic) and “ketuanan Melayu” (Malay supremacy). " - Kenyataan Chua Soi Lek di Konvensyen Barisan Nasional (5 Disember 2010).
http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3833
Siapa yang menyokong kenyataan ini? Presiden Gerakan Koh Tsu Koon.
Kata Koh Tsu Koon menerusi satu kenyataan media bertulis:"mengumumkan dasar-dasar kerajaan yang penting selepas mesyuarat-mesyuarat Umno dan bukannya selepas mesyuarat Kabinet atau BN telah menimbulkan tanggapan bahawa tiada kesemarataan di dalam BN di kalangan parti komponen seperti mana termaktub di dalam Perlembagaan BN.
"http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=54926
Kenyataan Koh Tsu Koon adalah contoh terbaik betapa bersatunya hati kaum Cina, baik dari MCA, Gerakan atau DAP demi kepentingan kaum mereka. Malangnya, reaksi pemimpin Melayu selalunya lambat. Dalam kes ini, tiga hari selepas Chua Soi Lek membuat kenyataan baru lah kita terdengar bantahan dari Naib Presiden Umno Hishammuddin Hussein. Tetapi lain pula dengan Nazri Aziz. Beliau memilih untuk bersama Wee Meng Chee (Namewee) untuk memberi sokongan moral kepada anak muda Cina yang anti Melayu ini. Apa kata Nazri?
"Saya percaya orang muda (Namewee) ini disalahertikan dan niat beliau disalahtafsirkan".
Nazri lebih berminat mempromosikan Namewee dari mempertahankan bangsa sendiri.
Semoga Namewee dapat menghadiahkan satu lagu untuk Nazri sebagai satu penghormatan. Namewee harus mempertimbangkan menamakan lagu ini 'FUCK NAZRI AZIZ, SUCKS BANANA", sepertimana Namewee mendendangkan sebuah lagu kepada seorang guru Melayu yang bernama Siti Inshah (lihat video di atas).
Monday, December 6, 2010
JIKA TIDAK BERSATU, MELAYU AKAN 'TERJAJAH' DAN HINA
TIADA lagi esok untuk kita! Kuasa politik kita yang dominan yang diwarisi sejak zaman Melaka dan dipegang kuat selama 54 tahun akan hilang. Berdasarkan realiti dan sentimen politik pengundi sekarang, bencana politik ini akan terjadi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13. Paling lama, dua tahun saja lagi! Ada orang percaya dan hampir percaya, angka 13 membawa bencana.
Ahli Parlimen DAP, Teo Nie Ching, ketika melawat pejabat Harakah mengatakan, beliau "yakin dan percaya UMNO tidak akan mendapat undi masyarakat Cina pada PRU ke-13." Beliau diundang berceramah dan beri bantuan di dalam surau. Banyak benar kita bercakap tentang Islam tetapi bantuan untuk surau pun, kita minta daripada orang bukan Islam. Di mana maruah kita?
Mungkin Teo terlupa memberitahu Harakah, "Penyokong Pas akan tetap mengundi DAP, kerana mereka percaya DAP lebih baik daripada UMNO. Mereka lebih percaya orang Cina daripada orang Melayu." Pemimpin DAP sudah diundang memberi ceramah dan bantuan dalam surau dan masjid.
Orang Pas sangat bangga. "Tengoklah, Pas berjaya bawa Cina masuk ke dalam surau. Bagi duit pula".
Pemimpin dan penyokong Pas megah kerana pemimpin DAP baca ayat al-Quran semasa kempen pilihan raya. Beri sumbangan untuk majlis berkhatan. DAP tak sokong negara Islam, tetapi menyokong Pas, sebab Pas sekarang bukan lagi 'Parti Islam', tetapi 'Parti untuk Semua'.
Maka kehilangan kuasa Melayu ini bukan suatu dongeng. Ia telah terjadi di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh dan Petaling Jaya sekarang. Hal ini terjadi disebabkan majoriti pengundi bukan Melayu berada di kawasan bandar.
Kita boleh kira berapa kerusi yang akan dimenangi DAP dan Pas. Seperti yang pernah berlaku di Perak, Pas pun boleh duduk dengan megahnya di bawah bayangan kuasa DAP. Fakta ini, semua tahu. Lebih daripada tahu! Tak payah diulang-ulang. Tak payah diperingatkan oleh Teo Nie Ching "Orang Cina tidak akan undi UMNO."
Bagi orang yang sama sikap dengan mereka ini, siapa perintah negara dan jadi Perdana Menteri pun sama saja. Akan tetapi bukankah Datuk Nazri seorang menteri dan Ketua Bahagian serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO? Beliau tak wajar lagi memegang semua jawatan itu mewakili parti kebangsaan Melayu. Betullah ramai pemimpin kita yang bercelaru, lantas Melayu pun bercelaru.
Kata Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin, umat Islam di negara ini sudah "tenggelam punca". Tun Mahathir telah banyak kali sangat memberi amaran.
Apabila mengundurkan diri tanpa terpaksa atau dipaksa, dan menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi; BN, UMNO dan negara berada dalam keadaan yang kukuh dan stabil. Bukan dalam masa kekalahan! Maka pemerhatian politiknya tajam dan berdasarkan pengalaman dan fakta yang nyata. Amarannya bukanlah wayang politik dan suka-suka.
Raja Dr. Nazrin bimbang masa depan umat Islam di negara ini yang katanya berada "dalam suasana kritikal, bagaikan tenggelam punca". Katanya lagi, "Penderitaan dan penghinaan yang menimpa sebahagian umat Islam di Palestin, Afghanistan dan Iran, bermula daripada pemesongan di kalangan pemimpin yang rela membuka laluan kepada orang bukan Islam untuk melakukan pencerobohan serta kemusnahan terhadap bumi dan umat Islam sendiri."
Justeru baginda mengingatkan: "Pencerobohan besar bermula daripada perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari surau, madrasah, masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula daripada satu ungkapan, ucapan, khutbah, tazkirah atau doa.
"Ia bermula daripada pencerobohan kecil, ketika orang Islam masih belum insaf, berdegil dan sombong mempertahankan ego serta memilih untuk bertelagah. Mereka sebenarnya memberi petanda yang salah, seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat dan institusi Islam."
Antara perubahan utama yang akan dilakukan apabila pakatan Pas-DAP-PKR memerintah adalah meminda Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, mengubah pengagihan jawatan menteri, ketua-ketua jabatan kerajaan, polis dan tentera dan ketua eksekutif GLC, PNB, TNB, dan Telekom Malaysia. Menambah kawasan pilihan raya di kawasan bandar. Mereka juga akan mengadakan semula pilihan raya untuk Dewan Bandar Raya, Majlis Bandaran dan Kerajaan Tempatan. DBKL pasti akan berubah wajah. Maka bermulalah "penjajahan baru" yang disebut Tan Sri Harussani.
PRU ke-12 adalah tsunami politik dan amaran Allah. Malangnya pemimpin politik Melayu-Islam masih terus bertelagah merebut kuasa, jawatan, pangkat dan kekayaan. Sejarah kejatuhan Empayar Rom, Empayar Islam dan kemusnahan kuasa kerajaan-kerajaan Melayu, nampaknya tidak mampu mengajar kita.
Justeru, kecelakaan politik yang akan menimpa kita bukanlah kerana 'nasib' tetapi kerana perbuatan kita sendiri. Maka janganlah kita selalu sedih 'mengenangkan nasib' kerana ini sikap orang yang mengaku tewas sebelum berjuang.
Hakikatnya, asas dan kunci kekuatan Melayu berada di tangan Melayu. Jangan kita lupa bahawa pertubuhan-pertubuhan Melayulah yang menubuhkan UMNO dan sepanjang perjuangan UMNO, di belakangnya bergerak secara konsistan pelbagai macam pertubuhan Melayu, termasuk pertubuhan pegawai kerajaan, penghulu, penulis, wartawan dan guru.
Meskipun adakala mereka tidak sekata dengan UMNO, tetapi mereka tetap setia bersama UMNO. Di situlah kekuatan UMNO. Kekuatan sebenar yang telah terbukti selama setengah abad, bukan kekuatan dalam pesta makan minum berbaju batik aneka warna.
BAM:
~ Jika tidak bersatu, Melayu akan 'dijajah' dan terhina seperti dulu.
~ Melayu harus sedari bahawa Melayu tu Islam
~ Perpecahan antara Melayu hanya menguntungkan kaum lain
~ Jangan kita masa depan anak cucu kita
Saturday, September 18, 2010
TERCAPAIKAN MATLAMAT PERKASA MEMPERKASAKAN MELAYU?
Dimana-mana, orang Melayu perkatakan tentang Perkasa, pro dan kontranya. Malangnya bila ada NGO dan parti politik yang mewakili kaum Cina membantah kehadiran perkasa, maka ada pemimpin Melayu, individu-individu serta NGO dan parti yang mewakili bangsa Melayu akan lebih lantang mempertikai dan membantah kehadiran Perkasa.
Apakah orang Melayu terlalu cepat melatah? Atau terlalu berusaha mengambil hati kaum Cina sehingga sanggup korbankan kepentingan bangsa sendiri? Apakah mereka sedar apa yang mereka lakukan atau sememangnya mereka ini jahil serta merelakan dan membiarkan diri diperalatkan untuk memushankan bangsa sendiri?
Memang Perkasa tidak 100% 'perfect'. Memang ada kecacatan disana dan disini. Saya sendiri selalu menentang kemasukkan orang-orang UMNO dalam kepimpinan Perkasa yang membuatkan umum berpendapat Perkasa adalah kembar kepada UMNO.
Saya juga menentang kemasukkan bekas pemimpin UMNO kedalam Perkasa untuk memimpin NGO ini yang mana menampakkan bahawa Perkasa adalah gudang kepada barang-barang lusuh, atau tempat dimana mereka yang telah tergelincir cuba untuk memanjat semula.
Perkasa di peringkat negeri, daerah dan cawangan harus menjauhi pandangan umum bahawa Perkasa adalah gedung barangan lusuh dengan memberikan peluang kepimpinan baru untuk memimpin Perkasa. Supaya Perkasa akan diterima bukan saja oleh orang-orang UMNO bahkan mereka dari Pas juga bersedia menyertainya, maka barulah hasrat untuk memperkasakan dan menyatukan Melyu itu akan tercapai.
Apakah Perkasa mendengar keluhan ini? Di Pahang, saya telah membisikkan kepada YDP Perkasa Negeri Dr. Zubir Harun, namun jawapan yang saya terima hanyalah kebisuan. Jangan nanti salahkan orang Melayu kerana menolak Perkasa kerana kelemahan Perkasa itu sendiri.
Monday, April 12, 2010
PERKASA KEKUATAN BANGSA MELAYU

Sunday, February 21, 2010
ROH DAN SEMANGAT DEB MESTI ADA DAN DIPERKUKUHKAN DIDALAM MODEL EKONOMI BARU
Tun Razak telah menggubal suatu model pembangunan ekonomi yang tersohor iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengimbangi dan membantu pasaran supaya turut memikirkan tanggungjawab sosial. Tetapi selepas pilihanraya umum 2008 DEB terus dikritik dan ditentang dengan keras oleh pelbagai pihak. Dua alasan yang mereka berikan ialah:
1. Pertama, dasar itu bertentangan dengan peraturan ekonomi pasaran.
2. Kedua, mereka berkata, dasar itu bersifat perkauman atau rasis, yakni dasar itu dikatakan pro-Melayu/bumiputera dan anti kaum lain, atau dikatakan bahawa DEB adalah dasar diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Akibatnya, kata mereka, pelaburan asing tidak tertarik atau takut-takut untuk melabur di
Apa bukti yang menunjukkan bahawa dasar itu adalah dasar ekonomi Melayu, dasar rasis, dasar anti pasaran, dasar diskriminasi terhadap kaum lain sehingga menyebabkan dalam tempoh 20 tahun usia DEB kaum-kaum lain dizalimi, dipinggirkan dari kemajuan ekonomi negara sedangkan kaum bumiputera hanya 30%, bukan 60% atau 50% ekonomi negara.
Di dalam tempoh tempoh 20 tahun usia DEB kemajuan yang dicapai oleh kaum bukan Melayu dalam bidang perniagaan dan kuasa milik ekonomi secara ‘private’ terus meningkat berkali ganda, meninggalkan kaum Melayu jauh-jauh ke belakang. Dalam tempoh itulah ekonomi negara bertambah maju. Ekonomi
Itu semua adalah hasil daripada pembangunan ekonomi yang pesat yang dijanakan oleh DEB melalui pembinaan beberapa banyak infrastruktur baru, melalui pemberian beberapa banyak insentif untuk menggalakan pelaburan dalam negeri dan menggalakkan kepenggunaan atau ‘consumption’, mencurahkan wang dalam pasaran perusahaan awam yang faedahnya juga mengalir dengan banyak ke dalam pasaran eonomi swasta.
Sebenarnya golongan ini bebal sejarah dan kenyataan tahap pencapaian ekonomi bumiputra. Benar kita memerlukan penilaian terhadap dasar dan perlaksanaan. Tetapi menafikan kejayaan DEB adalah keterlaluan dan menuduh seluruh DEB adalah penyelewengan adalah pembohongan.
Memang DEB memerlukan pemeriksaan di atas pencapaian oleh pihak yang dipertanggungjawabkan, tetapi menuduh DEB sebagai dasar perkauman, tidak adil dan gagal adalah keterlaluan. DEB merupakan penterjemahan roh perlembagaan dalam usaha memulihkan nasib generasi bumiputra yang ketinggalan sejak berzaman atas apa jua alasan yang diberikan sejarah. Perbedaan struktur asasi masyarakat mengikut garis ethnik dalam bidang pekerjaan, pendapatan dan harta memerlukan jangka masa yang lama hingga memerlukan beberapa generasi untuk dipulihkan.
Perlu dingatkan orang Melayu telah banyak berkorban sejak merdeka lagi dengan dasar ‘quid pro quo’ (dasar beri memberi) tentang bagaimana besarnya tolak ansur bangsa Melayu terhadap kemasukan orang asing ke dalam negara mereka sehinggakan di negeri-negeri Bersekutu (Pahang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan) bilangan kaum Cina telah mencapai angka 64 peratus keseluruhannya (1931). Angka-angka inilah yang menyebabkan orang Melayu ketika itu diburu oleh satu kebimbangan baru. Pun begitu, orang Melayu tidak marah kepada imigran Cina atau
Ratusan tahun Melayu menghadapi penjajahan dan kesannya melalui kemasukan kaum asing. Satu dasar yang dipaksakan terima. Dengannya persaingan bermula. Memang terdapat peningkatan tahap ekonomi kaum bumiputra semenjak Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilancarkan pada tahun 1970. Namun dalam membetulkan perbedaan ketara struktur asas ekonomi ini tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam tempoh yang singkat 20 tahun. Ia memerlukan lebih dari itu disamping diberikan bimbingan dalam menghadapi dunia pasaran bebas terbuka. Sejak merdeka, UMNO yang didukung oleh komponen parti perikatan dan kemudiannya BN menyokong gagasan pemulihan ini. Ini merupakan satu tindakan yang sah menurut semangat perlembagaan yang berasaskan prinsip “quid pro quo” (dasar beri memberi), yakni toleransi Melayu dalam soal penerimaan kerakyatan kaum lain dibalas dengan dasar perlindungan yang sah.
Kalau kita mengkaji
Suruhanjaya Reid merujuk salah satu terma Perlembagaan ialah menjaga kedudukan Melayu dan Islam serta menjaga hak-hak munasabah terhadap bangsa lain, jadi apabila kita menjaga kepentingan Melayu ini tidak bermakna kita mengabaikan bangsa lain. Untuk membina sebuah negara yang aman dan damai serta mewujudkan kestabilan politik kita memerlukan kesaksamaan dan keadilan.Keadaan ekonomi yang berat sebelah serta usaha mencabar persetujuan perlembagaan yang sah ini telah mengakibatkan peristiwa ketidakstabilan negara seperti yang terlihat dalam peristiwa berdarah 13 mei 1969. Benarlah apa yang pernah dinyatakan oleh Secretary Gates; “Failure in economics can lead to failure in security; counter-wise, failures in security can create economic crises..”
PERKASA negeri Pahang berpendapat bahawa dalam keadaan yang diperlukan untuk kepentingan negara, demi keadilan ekonomi antara kaum dan demi perpaduan kebangsaan (‘national unity’) kerajaan berhak melakukan tindakan ‘social intervention’ untuk memastikan bahawa ekonomi negara ini tidak menjadi medan ‘free-for-all’, medan persaingan yang tidak adil antara kaum, medan eksploitasi dan monopoli ekonomi sehingga boleh menimbulkan perpecahan antara kaum dalam bidang pembangunan ekonomi.
Perlembagaan
Daripada peruntukan ini jelas bahawa orang Melayu secara automatik mempunyai hak untuk mendapat biasiswa atau bantuan dan lain-lain kemudahan istimewa pelajaran atau latihan atau kemudahan-kemudahan khas. Ini jelas merupakan hak, harta dan pusaka yang haruslah kita pertahankan dengan nyawa dan kekuatan yang ada ada pada kita. Dan jangan sekali-sekali kita membiarkan ia di cairkan atau “diluted” oleh mana-mana pihak atas apa-apa asas atau sebab pun oleh kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Sejak negara ini merdeka pada 1969, Tun Razak telah menjadi Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan danpelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program affirmative yangmemberikan keistimewaan kepada orang Melayu dan Bumiputera di bidang sosio-ekonomi. Perkara 153 inilah yang menjadi sumber kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN).
Sehubungan dengan itu, PERKASA negeri Pahang mendesak kerajaan agar Model Ekonomi Baru yang akan digubal oleh pihak kerajaan WAJIB menjadikan Peruntukan 153 Perlembagaan Malaysia sebagai sumber induk kepada penggubalan dan pelaksanaan seluruh dasar, strategi dan program Model Ekonomi Baru. Jika dasar-dasar yang melahirkan program-program affirmative ini tidak diberi penekanan di dalam Model Ekonomi Baru maka orang Melayu dan Bumiputera akan melarat dan terpinggir di negara asal mereka sendiri.


