hit counter

Powered by web analytics software.

Thursday, April 26, 2012

SIBERTROPPER BN SYOK SENDIRI?


Foto hiasan: Sumber blog RBF

Sudah lama tidak menulis. Namun kini teruja dengan kepanasan suasana PRU yang semakin hampir. Teruja juga melihat gelagat kawan-kawan yang 'cari makan' dengan media sosial.

Pilihanraya semakin hampir. Sama ada bulan mei, jun, julai, ogos atau bila-bila sekalipun, ianya tetap semakin hampir.

Kedua-dua pihak, BN dan Pakatan Pembangkang (3 dalam 1 - kerana ianya satu gabungan sementara  yang tidak kukuh), sudah memulakan kempennya sebelum 'wisel' ditiup. Yang sana menuduh sini, yang sini menuduh yang sana.

Malangnya negara kita yang bangsa melayu merupakan majoriti tetapi kehilangan majoritinya dalam PRU kerana telah berpecah kepada beberapa kumpulan. Akhirnya majoriti jadi minoriti dan kehilangan kuasa. Tidak mustahil kaum yang minoriti tetapi bersatu padu serta punya asas ekonomi yang kukuh akan menguasai politik negara.

Mereka kelak akan mengubal undang-undang menurut citarasa mereka untuk terus menguasai dan menjadikan bangsa melayu, pemilik asal negara sebagai 'abdi'. Mungkin sejarah 'red indian' di amerika boleh dijadikan rujukan.

Dalam PRU kali ini, media sosial akan memberikan sumbangan besar kepada keputusannya. Jika dalam PRU lalu, penggunaan media maya dikatakan tidak seimbang, namun ketika ini banyak pihak dalam UMNO sudah mendabik dada menyatakan bahawa mereka sudah menyiapkan jenteranya dan sudah bersiap sedia.

Benarkan jentera siber BN sudah bersiap sedia?

Saya membaca diblog seorang sahabat lama, RBF Online (Klik Sini) Nampak seperti ada yang terbuku dihatinya. Sekali lalu bukanlah apa sangat, namun ada yang lebih mendalam yang ingin disampaikannya. Ini mengenai Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO itu sendiri. Yang kelihatan pincang dibawah pimpinan Tun Faizal yang seakan-akan hanya syok sendiri dalam bermedia sosial.

Menurut mereka yang menyertai satu kursus media siber baru-baru ini, fasilitatornya dihentam keras kerana kegagalan menterjemahkan apa yang ingin disampaikan. UMB kena ingat, yang hadir ketika ini bukanlah mereka yang dihantar oleh Bahagian UMNO seperti dahulu yang hanya boleh 'on' dan 'off' laptop saja. Malah mereka lebih dari itu, lebih dari keupayaan fasi dan mereka mahukan ilmu yang lebih, jadi mengajar mereka sebagaimana mengajar kanak-kanak tadika sudah tentu mengundang kemarahan mereka.

Module kursus harus dibuat lebih lengkap dan mengkhususkan kepada perang siber. Bukan hanya meceritakan tentang aplikasi media sosial serta gah dengan ranking masing-masing serta berkisahkan pasal kpi yang membosankan peserta.

Jawapan kepada persoalan di atas tadi, (Benarkan jentera siber BN sudah bersiap sedia?) jika inilah dan beginilah, maka nyata kita masih belum bersedia.

Jentera siber UMNO belum benar-benar mantap dan tidak benar-benar kukuh bersatu padu. Ada yang mendabik dada kehulu kehilir sambil menuliskan didahi masing-masing ranking mereka, ada yang kesana kemari bercerita mengenai kpi semata-mata, ada juga yang sibuk berkonvesyen disana-sini sambil menggosok perut masing-masing dan ada yang dibiarkan sendirian tanpa perhatian.

Bukan konvesyen yang kita perlukan dengan mengumpulkan beribu-ribu peserta untuk tunjukkan kekuatan sokongan kita. Yang lebih perlu adalah cara bagaimana dapat kita berjuang sebagai satu pasukan dalam perang siber. Bagaimana kita tentukan sasaran dan apa yang turutan tindakan yang patut kita lakukan sercara konsisten untuk memastikan musuh kita musnah.

Menurut facebookers terkenal yang sertai kursus berkenaan, ilmu perang siber kita masih rendah dan bahkan tidak diajar secara khusus dalam kursus berkenaan. Oleh itu satu kursus yang benar-benar menjurus kepada teknik perang siber mestilah diadakan untuk membina satu pasukan sibertropper yang mantap. Untuk memenangi perang spekulasi dalam alam siber. Serta, melakukannya dalam kadar segera kerana kita pasti bahawa selambat mana pun PRU, hakikatnya ianya sudah semakin hampir.












2 comments:

Jeepers Creepers said...

macam pernah dengar je kes umb ni mengajar orang tapi kena booo hehehehe

eXception said...

Blog aku pun x listed, ada aku kesah??