hit counter

Powered by web analytics software.

Saturday, September 18, 2010

TERCAPAIKAN MATLAMAT PERKASA MEMPERKASAKAN MELAYU?




Dimana-mana, orang Melayu perkatakan tentang Perkasa, pro dan kontranya. Malangnya bila ada NGO dan parti politik yang mewakili kaum Cina membantah kehadiran perkasa, maka ada pemimpin Melayu, individu-individu serta NGO dan parti yang mewakili bangsa Melayu akan lebih lantang mempertikai dan membantah kehadiran Perkasa.

Apakah orang Melayu terlalu cepat melatah? Atau terlalu berusaha mengambil hati kaum Cina sehingga sanggup korbankan kepentingan bangsa sendiri? Apakah mereka sedar apa yang mereka lakukan atau sememangnya mereka ini jahil serta merelakan dan membiarkan diri diperalatkan untuk memushankan bangsa sendiri?

Memang Perkasa tidak 100% 'perfect'. Memang ada kecacatan disana dan disini. Saya sendiri selalu menentang kemasukkan orang-orang UMNO dalam kepimpinan Perkasa yang membuatkan umum berpendapat Perkasa adalah kembar kepada UMNO.

Saya juga menentang kemasukkan bekas pemimpin UMNO kedalam Perkasa untuk memimpin NGO ini yang mana menampakkan bahawa Perkasa adalah gudang kepada barang-barang lusuh, atau tempat dimana mereka yang telah tergelincir cuba untuk memanjat semula.

Perkasa di peringkat negeri, daerah dan cawangan harus menjauhi pandangan umum bahawa Perkasa adalah gedung barangan lusuh dengan memberikan peluang kepimpinan baru untuk memimpin Perkasa. Supaya Perkasa akan diterima bukan saja oleh orang-orang UMNO bahkan mereka dari Pas juga bersedia menyertainya, maka barulah hasrat untuk memperkasakan dan menyatukan Melyu itu akan tercapai.

Apakah Perkasa mendengar keluhan ini? Di Pahang, saya telah membisikkan kepada YDP Perkasa Negeri Dr. Zubir Harun, namun jawapan yang saya terima hanyalah kebisuan. Jangan nanti salahkan orang Melayu kerana menolak Perkasa kerana kelemahan Perkasa itu sendiri.


3 comments:

Anonymous said...

Sebelum PERKASA menentang musoh2 Melayu diluar, elok bersihkan musoh2 Melayu dikalangan bangsa sendiri.
Terlalu banyak dikalangan pemimpin Melayu yg mementingkan diri sendiri.

sembang kedai kopi said...

Salam.Jangan biarkan perkasa pun menjadi pekasam seperti UMNO

musli oli said...

salam,

saya amat tertarik dan sgt bersetuju dengan cadangan pimpinan Perkasa mestilah dari kalangan orang baru....Perkasa sdh tentu bukan gedung barang-barang lusuh untuk di recycle..

Salam dari YDP Perkasa Sabah.