hit counter

Powered by web analytics software.

Monday, February 15, 2010

BERANI ANAK MELAYU - IBRAHIM ALI YANG BERANI HERDIK AUSTRALIA

Ibrahim Ali, Presiden Pribumi Perkasa



Lebih daripada 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan 50 wakil rakyat itu menghantar satu surat menuntut agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu digugurkan.

Pengerusi jawatankuasa kecil bagi hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad, semalam.

Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”

- demikian lapor Sabah Daily


Soalnya, kenapa Australia turut campur urusan pentadbiran negara kita?

Kenapa mereka terlalu prihatin mengenai kes Anwar Ibrahim ini? Apakah mereka membela Anwar atau mempertahanka kes liwat?

Apakah hubungaan yang terjalin diantara Anwar dengan Australia sehingga beliau mendapat simpati sedemikian rupa? Kenapa mereka tidak turut serta meminta digugurkan kes-kes lain seumpamanya?

Ternyata ini adalah kerana adanya perbuatan terancang / konspirasi yang mempergunakan negara lain untuk membantu dirinya mengelakkan dari kes liwat ini dari dibacarakan.

Apakah undah-undang hanya untuk rakyat marhaen saja dan orang-orang yang berpengaruh dikecualikan dari perlaksanaan undang-undang?

Rakyat Malaysia membantah sekeras-kerasnya sebarang campurtangan negara lain dalam urusan pentadbiran negara kita. Malaysia sebuah negara berdaulat dan merdeka, kita tidak lagi ingin dijajah sama ada secara fizikalnya mahupun minda.

Mujurlah, kita masih ada anak Melayu yang berani bersuara dengan lantang membantah campurtangan 50 ahli parlimen Auatralia itu. Anak Melayu ini adalah Datuk Paduka Ibrahim Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa. Marilah kita bersama bersatu didalam Perkasa bagi memperkasakan bangsa kita yang bernama Melayu yang semakin hari semakin layu dan lesu.


4 comments:

Anonymous said...

ahli parlimen yg bersetuju menghantar askar membunuh rakyat palestin ini mahu bercakap tentang "global respect"? pi la mabuk..

BelokKiriKanan said...

Ibrahim Ali? Kesian, masih ramai lagi yang tertipu dengan gelagat manusia oppurtunis macam IA. Memang mulut IA sentiasa penuh dengan kata-kata maki hamun,cerca dan mencarut dari dulu, kini dan mungkin selama-lamanya. Apa perkataan yang kesat yang tidak dihamburkan IA terhadap Tun Mahathir dulu, begitu juga sumpah seranah kepada Tun Abdullah. Tuan boleh cari dalam youtube untuk mendengar sendiri 'keindahan' butir bicara IA. Demi untuk jadi calon atas tiket PAS, IA sanggup pakai serban @ semutar dan menghafal beberapa patah ayat suci. Itulah IA yang anda kagumi. Tahniah!

bRAVEhEART said...

Anon dan belokkirikanan, tapi apakah sumbangan yang sdr telah berikan? Lebih besarkah dari orang2 ini? Semoga bangsa dan negara akan mengingati sumbangan sdr itu dan mengangkat martabat sdr lebih tinggi lagi. Tetapi hika sdr tidak berbuat apa-apa, tutuplah mulut sdr, itu adalah lebih baik lagi.

menyegar said...

Walaupun ianya KATAK,Namun salah kah kalau dia ingin menyatukan umat melayu?.Adakah kita mahu melihat melayu sentiasa berpecah?