hit counter

Powered by web analytics software.

Tuesday, February 2, 2010

MELAYU TAK BERSATU AKAN TERUS LEMAH

Berani Anak Melayu: Membela maruah bangsa, pantang dicabar
Raja-nya didaulatkan dan Agama-nya dipertahankan






Orang-orang Melayu didalam dilema. Didalam politik orang Melayu tidak segagah dulu lagi kerana orang Melayu telah berpecah belah. Suara Melayu sudah tidak digeruni lagi seperti dulu, malahan hak-hak orang Melayu sendiri telah berani dipertikaikan dan dirampas. Orang Melayu masih mendiam diri. Orang Melayu terpaksa tunduk dicelah ketiak bangsa lain dan memohon ihsan bangsa lain di negara sendiri. Dimanakan maruah Melayu?


Parti politik Melayu tidak mampu lagi menyatupadukan orang-orang Melayu kerana kelemahan pemimpin-pemimpinnya, saya ulang: kerana kelemahan pemimpin-pemimpinnya (PKR,Pas dan bahkan Umno juga) Justru, dimana lagi orang-orang Melayu dapat bernaung dan berlindung? Kerana itu kita lihat bahawa perkasa adalah satu-satunya landasan dimana orang Melayu dapat bersatu tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Cumanya, pemimpin-pemimpin tertinggi perkasa harus lebih telus dalam membuka keahlian kepada semua orang Melayu tanpa ada diskriminasi. Penting juga supaya mengawal agar perkasa bukan dijadikan sebagai gudang barang-barang lusuh dimana mereka-mereka yang telah tergelincir dan tercicir dalam politik mencari peluang untuk mendaki semula. Perkasa memerlukan keahlian dan poengalaman tokoh-tokoh veteran dalam parti namun ianya harusa diterajui oleh mereka yang masih segar supaya mereka dapat menyegarkan perkasa dan memimpin orang-orang Melayu.


Andainya ini tidak dipandu dan dikawal, maka tidak mustahil perkasa juga akan turut busuk hingga ke ususnya. Jangan biarkan perkasa diperkosakan, dan jangan biarkan perkasa menjadi perkasam yang busuk pula. Namun kita harus berikan kepercayaan kepada perkasa untuk mencuba menyatukan bangsa Melayu, memperkasakannya dan mengangkat martabat sebuah bangsa yang bernama Melayu.


Banyak pihak yang kecewa kerana perpacahan bangsa Melayu. Banyak pihak yang kecewa terhadap parti-parti Melayu yang tidak sungguh-sungguh untuk menyatupadukan bangsa Melayu. Banyak pihak yang secara terbuka menyatakan kekecewaan terhadap Pas yang enggan bersatu sesama Melayu tetapi sebaliknya rela diperkudakan oleh kafir harbi. Banyak orang Melayu sudah kecewa terhadap bangsa Melayu sendiri. (Klik sini baca)




1 comment:

bungaraya said...

Apakah puncanya perpecahan melayu itu? Apapun jua, yang nyata perpecahan sudahpun berlaku. Separuh dalam UMNO, yang lain dalam Pas dan tidak kurang juga yang berada dalam PKR. Lagi gila ada yang sanggup menjadi ahli DAP.
Memang sah gila jika ada yang menjadi ahli MIC maupun MCA. Namun yang nyata melayu telahpun berpecah belah. Mungkin agaknya seronok berpecah belah tu kan? Tak pe, cubalah jika itu yang membawa kebahagiaan kepada anda semua.
Namun aku tetap mengatakan anda yang berada dalam PAS dan PKR itu sebenarnya bijak sekalugus bodoh. Adakah patut, kita semua diminta menjatuhkan dan menjahanamkan UMNO dan menggantikannya dengan PKR atau PAS, sebuah datu dua parti yang masih tohor pengalaman dalam pentadbiran negara. Bodoh-bodoh dan bebal melayu itu. Jangan menipulah...PAS dan PKR masih belum terbukti keunggulannya dalam pemerintahan negara ini. Yang telah terbukti sikap rakus dan terlalu ketidakislaman mereka sahaja.