Dari Surat Kabar Lama
Terlalu banyak yang mereka perkatakan namu tidak semua dapat saya ingat dan catatkan disini untuk kita kongsikan bersama.
YDP Perkasa Perak, Ahmad Zaini Ismail mengisahkan keadaan huru-hara ketika perlantikan MB Perak selepas BN kehilangan majoroti apabila DAP, Pas dan PKR membentuk pakatan untuk berkongsi kuasa. Beliau menceritakan apa yang sebenarnya orang-orang Melayu buat adalah hanya berada disekeliling bekas MB dan menyatakan sokongan (disamping mengintai peluang dapatkan projek) selain itu tidak ada apa-apa tindakan pun yang mereka usahakan, beginilah lemah dan hinanya bangsa Melayu dimana di dalam keadaan sedemikian mereka masih tidak sedar bahawa bangsa dan Negara sudah menuju kearah keruntuhan.
YDP Sabah yang juga seorang blogger, Musli Oli mendedahkan keperitan kaum peribumi di sabah dibawah pemerintahan lalu sehinggalah UMNO datang dan menyelamatkan mereka. Bagaimanapun, orang-orang Sabah dan Sarawak telah menyelamatkan kekuasaan dari terlepas kepada bangsa lain dengan masih memberikan sokongan kuat kepada kerajaan BN dan UMNO yang dikuasai oleh peribumi. Beliau juga menceritakan kisah sewaktu awal kemerdekaan dulu dimana Sabah dan Sarawak telah cuba dipujuk untuk keluar meninggalkan Malaysia dan menyertai Singapura oleh pemerintah Singapura ketika itu Lee Kwan Yew. Namun usaha itu dikesan dan dapat dihalang. Demikianlah bangsa itu sentiasa cuba merampas hak-hak kita dan segala yang kita ada.
YDP Selangor, Abdullah Hj. Mansor menceritakan konspirasi-konspirasi yang berlaku didalam PR sekarang ini. Ini termasuklah dengan kegiatan penjualan pasir pada skala besar yang mana MB juga turut terlibat . Selain itu beliau juga menceritakan bagaimana liciknya bangsa itu dan berjaya mengusahakan pembinaan sebuah gereja yang akan jadi gereja yang terbesar di Asia Tenggara(?). Banyak lagi cerita-cerita mengenai penyalahgunaan kuasa dan salahurustadbir kerajaan yang dilakukan oleh kepimpinan PR, dan mereka sebenarnya sedang menuju kearah keruntuhan, bagaimanapun bangsa dan Negara akan kehilangan dan kerugian banyak sehingga saat mereka akan dapat disingkirkan nanti.
YDP Perlis, Amir Hassan dengan penuh bersemangat menceritakan kisah sebenar mengenai kejadian 13 mei, yang sesungguhnya hanyalah permainan puak-puak ultra kiasu DAP dan Gerakan (ketika itu belum sertai BN) untuk mendapatkan pengaruh dalam PRU. Cerita mengenai seorang remaja Cina bersenjata yang cuba menyerang polis dan kemudiannya mati ditembak di Kepong. Namun mayatnya dipindahkan ke Petaling Street oleh perancangan Lim Kit Siang dan Tan Chee Koon seolah-olah kejadian belaku disana bagi menimbulkan kemarahan bangsa Cina. Pada 9 mei mereka mengadakan perarakan besar-besaran mengiringi mayat mendiang ke Kepong dan sehari suntuk mereka mengadakan perarakan dengan mencaci-maki polis dan bangsa Melayu dengan sepanduk-sepanduk bertulis dakwat merah. Berikutan dengan itulah, mereka telah berjaya menaikan sentiman bangsa Cina dan akhirnya terjadilah rusuhan 13 mei yang meragut banyak nyawa.
Malang bagi kita adalah, masih ada diantara bangsa kita sama ada secara sedar atau tidak telah mebiarkan diri diperalatkan oleh bangsa lain untuk memusnahkan bangsa sendiri. Justru, kita harus bangkit semua didalam Perkasa bagi mengangkatkan martabat bangsa Melayu supaya tidak lagi dihina di Tanah Air sendiri. Melayu sukar bersatu didalam UMNO mau pun Pas, tetapi ruang terbuka masih luas untuk Melayu bersatu didalam Perkasa dengan menolak ideologi politik kesamping buat seketika.
Hanya kita yang akan menentukan masa depan kita dan masa depan anak-cucu kita nanti, dan segalanya harus dilakukan sekarang ini sebelum segalanya terlambat.
Klik untuk baca blog Aku Bukan Hero.
Klik untuk baca blog Suatu Masa dahulu.
~ bam/
2 comments:
salam ziarah, terimakasih kerana mencatat pelancaran Perkasa Pahang dan ucapan YDP dari negeri-negeri.
Perkasa amat hargai kehadiran YAB Datuk Seri MB Pahang yg secara terbuka memberi sokongan kepada Perkasa.
Salam MO
salam Melayu untuk semua.
Hari tu hamba pergi ke pembukaan perkasa di Port Dickson. Tengok punya tengok, orang yang dilantik adalah veteren umno yang dibenci dikampung2 kerana dah lama dihendap oleh BPR. Asyik2 orang umno yang sama. Dah ler kerja kerani jer,, ada kereta mewah beberapa biji. Tawar hati nak join Perkasa kerana perkasa sebanarnya adalah satu lagi alat Umno rupanya. Tak jadi nak jadi ahli dan hanba terus belah..
Post a Comment