hit counter

Powered by web analytics software.

Thursday, January 28, 2010

SENTIASA ADA PILIHAN
















Dalam kehidupan, sentiasa kita diberi peluang membuat pilihan, dan selalunya kita ada pilihan, 2 atau 3 bahkan kadang-kadang lebih. Namun ada juga ketikanya kita hanya harus memilih dari pilihan yang satu itu – sama ada memilih atau tidak memilih langsung.


Dalam perkembangan politik dan kepimpinan negara serta atas nama liberalisasi dan demokrasi maka kita ditawarkan pilihan. Dalam membuat pilihan kita sering melakukan kesilapan yang hanya kita sedari pada akhirnya saja, bahawa kita tersalah pilih.


Memang sudah menjadi lumrah bahawa kita sentiasa inginkan yang terbaik dalam kehidupan. Namun selalunya kita membuat pilihan berdsarkan luaran yang sentiasa diperlihatkan cantik sedangkan didalamnya tidaklah sedemikian. Sebahagiannya bukanlah salah kita, namun selebihnya adalah kerana kegagalan kita untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk serta akibat kerakusan dan ketamakan hati kita sendiri.


Dalam politik negara dewasa ini, orang Melayu ditawarkan dengan 2 pilihan diantara kiri dan kanan. Malangnya ketaksuban kita dalam berpolitik telah mencacatkan nilai murni dalam kehidupan seharian kita. Justru itulah suatu ketika dahulu ada berlaku dimana kita menolak sama se-bangsa dan sama se-agama hanya kerana pegangan politik yang keterlaluan. Sehingga ada fatwa yang menyatakan bahawa sembahyang yang diimamkan oleh orang kanan adalah tidak sah. Sembelihan oleh orang kanan juga tidak halal. Bahkan haram perkahwinan diantara anak orang sebelah kiri dengan sebelah kanan.


Kadang-kadang kita melihat bahawa darjat politik diletakkan lebih tinggi dari agama. Pemimpin-pemimpin sebelah kiri juga selalu menyatakan bahawa politik dan agama tidak boleh dipisahkan. Namun kita sanggup memisahkan antara kita sesama Islam kerana fahaman politik yang berbeza. Ada juga yang sanggup pisahkan dari anak isteri kerana perbezaan politik. Apakah kita merasa kita masih melakukan sesuatu yang benar?


Saya membaca disebuah laman blog (klik sini) dalam bahasa Inggeris yang secara tidak langsungnya membiarkan kita membuat pilihan, diantara yang kiri dangan yang kanan – diantara Prime Minister dan Primate (Perdana Menteri dan Beruk(?)). Semoga rakyat akan gembira membacanya dan mampu membuat pilihan dengan adil dan saksama. Namun natijahnya adalah, kita boleh berbeza dalam pandangan politik tetapi kita harus tetap bersatu dalam satu barisan sebagai satu bangsa bernama Melayu.


Kita boleh memilih antara kiri atau kanan, namun perjalanan harus terus menuju ke depan dengan sesekala kita menoleh kebelakang bagi mendapat panduan dalam menentukan arah yang bakal dituju, juga supaya kita tidak dengan tiba-tiba dikejutkan dan ditikam dari belakang.


~bam/



6 comments:

bungaraya said...

Memilih untuk menjadi ahli PAS kerana niat untuk memperjuangkan kesucian agama islam adalah sangat baik dan murni. Kehidupan alam dunia dan akhirat tentunya akan terjamin. Insyallah!!!NAMUN bagaimana jika masuk parti tersebut dengan mempunyai niat lain yang sangat bertentangan dengan nilai kejujuran dan keikhlasan kepada islam. Islam hanya digunakan sebagai batu loncatan untuk memperolehi kuasa? Islam hanya sebagai sasaban untuk memperolehi kekayaan. Untuk menunjukkan kuasa? Untuk kesuap nasi dan rezeki melalui ceramah?

bRAVEhEART said...

Salam,
Umno tk perjuangkan Islam? Apakah Islam itu Pas dan Pas itu Islam? Bagaimana dgn negara Islam di semenanjung tanah arab yang tidak ada Pas, apakah mereka tidak Islam? Hehehe

AbgTuah said...

SALAM B.A.M..

SETELAH PENULIS MEMBACA BEBERAPA ARTIKEL TUAN ..

JUGA SETALAH MENILAI BEBERAPA ASPEK FORMAT SUSUNAN BLOG NI..

MAKA PENULIS BOLEH MEMAHAMI SIAPA B.A.M..

IT'S OK..BERKECUALI

INGIN BERUSAHA UNTUK MELIHAT MELAYU BERSATU SEMULA..SEMEMANGNYA SATU ASPIRASI YANG TERPUJI..

CUMA SATU SAHAJA YG TUAH DAPAT KATAKAN ANTARA PAS DAN UMNO..

KEDUANYA-DUANYA MEMPERJUANGKAN ISLAM YANG SAMA..CUMA PENDEKATAN SAHAJA YANG BERBEZA..

YANG GAMBI said...

Salam BAM, satu pandangan yang baik.... dan kawan amat setuju dengan komen Abang Tuah.......

HISHAM HALIM said...

salam ... komen cik bungaraya tuh ader btolnyer jg.. kiter tgk skunk nih.. agama dijadikan alat mainnan politik. mcm2 revolusi agama..sebelah sana ckp Islam sebelah sini bercakap soal ummah.. teteapi semuanya kepentingan politik semata-mata. Orang kafir yg lain tepuk tangan menutup mata tanda gembira. bahkan ada yg sanggup berpaling tadah dengan Ketua Agama iaitu raja kita... Aduhhai melayu..

BAM said...

Salam,
(Yang Gambi dan Abang Tuah, kita macam kenal aja) Terima kasih, juga kepada bungaraya dan hisham halim -
Kerana itulah blog ini dibina, bagi merapatkan jurang perbezaan pendapat diantara keduanya kerana kita telah terpisah jauh. Umno tak ingin mendampingi Pas begitu juga Pas tak ingin menyertai Umno. Justru, kita kena ada satu pihak ditengah-tengah yang akan menjalin ikatan persaudaraan sesama Islam umat Melayu ini sypaya akan bertaut kembali, insyallah. Cuma, kedua-dua pihak mesti membukakan ruang seluas mungkin dan menerima jabat salam yang dihulurkan dengan hati yang ikhlas dan tulus.