hit counter

Powered by web analytics software.

Tuesday, January 26, 2010

SUARA-SUARA MELAYU PERKASA - 2

Majlis Pelancaran Perkasa Johor


Sebagai blogger saya baru menulis, bahkan blog ini pun hanya baru berusia beberapa hari sejak 24.1.2010 lalu. Namun hakikatnya, saya juga telah lama menulis dan membaca blog-blog terutamanya sejak akhir-akhir ini.

Saya melihat kepada perpecahan bangsa Melayu dan kesukaran untuk merapatkan semula jurang perbezaan antara mereka (Umno dan Pas) semakin sukar malahan mungkin agak mustahil jika tidak dengan kesungguhan pemimpin-pemimpinnya. Dan yang lebih membimbangkan adalah kedua-dua pihak yang bercakaran telah melukai satu sama lain serta kedua-duanya telah cedera yang parah.

Blogger penyokong masing-masing menyerang peribadi tokoh-tokoh lawan, mencalar, menelanjangi dan merosakkannya sama sekali, lalu siapa lagi selepas ini yang akan tampil sebagai pemimpin Melayu yang bersih dan masih perkasa bagi memimpin umat Melayu?

Saya membaca diblog Penarik Beca < klik sini > dan diakhir tulisan beliau ditulis begini: Tetapi, saya terpaksa memohon maaf kepada Ibrahim kerana saya langsung tak memerlukan orang-orang seperti beliau untuk mempertahan dan membela bangsa saya. Saya hormati penulis yang lebih senior dan berpengalaman dari saya, tetapi saya tidak langsung menghormati beliau yang memberikan pandanan peribadinya bagi pihak seluruh umat Melayu dengan berkata ‘saya tidak langsung memerlukan orang-orang seperti Dato’ Paduka Ibrahim Ali untuk mempertahankan dan membela bangsa saya’ Apa hak dia untuk bercakap mewakali Melayu lain? Tetapi demikianlah propaganda dilakukan oleh orang sebelah kiri yang sentiasa membawa umat melayu melencong lebih jauh. Mereka tidak pernah berusaha untuk mendekatkan dan merepatkan perbezaan, agenda hidup mereka adalah memusnahkan bangsa sendiri.

Pada pertemuan yang sama (posting semalam), saya mendapati Dato’ Paduka Ibrahim Ali masih kelihatan seperti dulu, tegasnya, lantangnya bersuara dan ceria dengan lawak jenakanya. Saya bukan taksub kepada satu-satu tokoh, tetapi dalam saat ini, dialah yang harus kita turuti. Kita memang sedar perpecahan Umno dengan Pas tidak mungkin bertaut kembali kerana ego pemimpin dan taksub pengikut masing-masing. Pilihan yang kita ada adalah dalam Pribumi Perkasa. Kerana itu Melayu mesti melihat politik semasa dengan lebih cerdik seperti bangsa Cina juga, jika tidak kita akan tertipu dan kehilangan.

Saya telah melihat dengan jelas, pada peringkat akar umbi masing-masing bahawa Umno tidak akan menyertai Pas begitu juga Pas tidak akan menyertai Umno, haram pada mereka masing-masing. Beginilah yang telah diajarkan oleh pemimpin masing-masing. Kerana itu kita mesti melihat bahawa Perkasa akan dapat menghimpunkan segala umat Melayu didalam yang dan akan memperkasakan bangsa dan seterusnya akan jadi ‘bargaining power’ dan survival bangsa Melayu dalam politik negara menyaingi NGO-NGO kaum lain.

YDP Perkasa Wilayah Persekutuan, Mokhtar Samad melihat bahawa pelancaran Pribumi Perkasa Negeri Pahang di Temerloh ini sangat bersesuaian kerana disinilah bumi Pahlawan Pahang, beliau juuga berharap perjuangan Perkasa ini akan menyerap semangat pejuang Melayu Dato’ Bahaman semasa menentang penjajah Inggeris dulu. Kita mula semula perjuangan Melayu disini dan kita imbas kembali kekuatan bangsa Melayu sebagai sebuah bangsa yang perkasa dan bermaruah.

YDP Pahang, Dr. Zubir Harun (klik ke blog beliau) melihat perjuangan Melayu harus diutamakan bagi survival bangsa Melayu. Beliau juga mendesak kerajaan mempraktikkan semula sistem kouta bagi menggantikan sistem meritokrasi yang mencicirkan bangsa Melayu dalam pelajaran. Kita yang ketinggalan dalam ekonomi jangan juga ketinggalan dalam pelajaran.

Presiden Pribumi Perkasa Malaysia, YB. Dato’ Paduka Ibrahim Ali bercakap mengenai kepentingan Melayu bersatu. Terlalu banyak yang diperkatakan namun terlalu sedikit yang dapat kita terjemahkan. Namun, Melayu itu mesti bersatu demi kelangsungan dan survival bangsa. Melayu itu harus bersatu dan Perkasa-lah badan dimana Melayu akan dapat bersatu dan berjuang demi maruah satu bangsa dan demi masa depan anak-anak bangsa sendiri.

Saya sangat teruja pada pertemuan itu. Dan semangat saya berkobar-kobar kembali, bahkan saya merasakan saya kembali muda remaja sebagaimana 30 tahun lalu. Bulu tengkuk saya berdiri ingin berjuang untuk satu bangsa yang dinamakan Melayu ini. Cuma saya berharap kepada pemimpin-pemimpin tertinggi Perkasa agar memimpin pertubuhan ini dengan baik dan jujur. Perkasa jangan dijadikan gudang barang lusuh dimana pemimpin-pemimpin Umno yang sudah tergelincin akan menjadikannya tapak untuk mendaki semula. Kepimpinan peringkat parlimen harus diimbangi supaya pencampurannya berimbang diantara penyokong Umno dan Pas agar Perkasa tidak dilabel sebagai proksi Umno. Pemimpin haruslah benar-benar berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Seandainya kepimpinan Perkasa setiap peringkat tidak diawasi, mungkin Perkasa akan runtuh sepertimana Umno juga. Kita bimbang, Perkasa akan jadi perkosa, atau setidak-tidaknya hanya akan jadi perkasam. Wallahu-alam!


~ bam/



1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam bro, tahniah dan syabas di atas penubuhan Perkasa Pahang.....blog tuan sudah disenaraikan dalam blog kawan...