hit counter

Powered by web analytics software.

Wednesday, January 27, 2010

MELAYU TIDAK AKAN BERSATU

Mimpi ngeri bangsa Melayu




Rakyat marhaen ingin melihat negara kita terus maju dan bangsa Melayu mencapai kejayaan dari segala segi dan bidang. Kerana itu kerajaan harus terus memberikan anjakan agar rakyat akan dapat mencapainya sebagaimana sasaran yang kerajaan tetapkan. Namun kejayaan ini juga sukar dicapai kerana kerajaan terpaksa membuang banyak masa bagi menepis sagala masalah yang ditimbulkan oleh bangsa Melayu sendiri.



Disaat ini kelihatan bangsa Melayu masih bercakaran sesama sendiri. Pemimpin-pemimpin politik terutama pembangkang yang rakus dan dahagakan kuasa tidak pernah berhenti dari mencaturkan pengikut-pengikutnya supaya lakukan ini dan itu bagi menganggu-guggat dan melemahkan kerajaan samaada secara langsung atau tidak.



Kita sedar bahawa media baru memainkan peranan penting dalam menyebar berita kepada masyarakat masa kini, justru para blogger dari kedua-dua pihak telah diberikan peranan untuk menghancurkan antara satu sama lain. Menyalahkan satu sama lain. Memfitnah satu sama lain. Menelanjangkan satu sama lain.



Terbaru, seorang blogger pengendali blog 'Papa Gomo' telah diserang habis-habisan oleh blogger kumpulan sebelah kiri. Berita mengenainya juga disiarkan di Harakah Daily. Berbagai tuduhan dilemparkan termasuklah menuduh 'gomo' mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Johor.



Jika kita melihat perkembangan ini dari awal maka kita akan sedar bahawa ini adalah sekadar permainan politik semata-mata. Blogger-blogger sebelah kira membuat tuduhan berkenaan kepada 'gomo' hanya kerana ingin mengalih pandangan kepada masalah sebenar serta membela blogger 'Aduka Taruna' yang ditaja oleh sebelah kiri yang telah mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Johor. Blogger Aduka Taruna telah pun memohon maaf, tetapi pihak sebelah kiri yang tidak mengakui blogger tersebut tajaannya kelihatan beria-ia mempertahankan blogger berkenaan, kenapa?



Saya bukan persoalkan siapa benar atau siapa salah dalam hal ini, tetapi saya hanya ingin melihat dimanakah adanya ruang yang boleh bangsa Melayu dari sebelah kiri dan kanan ini disatukan. Atau apakah memang benar-benar sudah tidak ada langsung jalan bagi menyatukan bangsa yang bernama Melayu ini?



Cuba kita lihat kembali perumpaan lama, sebatang lidi mudah dipatahkan tetapi apabila sudah diberkas manjadi penyapu maka ianya tidak lagi mudah untuk dipatahkan. Inilah perumpamaan Melayu yang bangsa Melayu sendiri sudah melupainya. Tidakkah kita sedar bahawa bersatu itu teguh dan bercerai itu roboh? Lupakah kita pada segala kata-kata sedemikian?



Kadang-kadang saya terfikir, sebaiknyalah bangsa Melayu hilang segalanya dan merempat di negeri sendiri. Biarlah Melayu akan mengulangi semula peristiwa-peristiwa seperti keruntuhan kerajaan Melayu Melaka dulu atau dibawah pemerintahan komunis selama 14 hari dulu. Biar Melayu merasa azab dan sengsaranya. Biar semua Melayu-Melayu di bumi Melayu ini menitiskan air matanya dan dihina sehina-hinanya oleh bangsa lain. Mungkin pada ketika itu baru bangsa Melayu akan sedar dan terasa ingin mencari saudaranya semula, baru bangsa Melayu boleh bersatu semula.



Sepatutnya kita tidak taksub kepada politik. Sepatutnya kita lebih utamakan Agama, Bangsa dan Negara kita melebihi segalanya. Namun inilah kelemahan bangsa Melayu yang sangat nyata. Apa yang saya lihat Melayu pada ketika ini adalah seumpama Lebai Malang. Ekonomi tak dapat politik pun hilang. Alangkah baiknya jika Melayu kiri dan kanan ini berjabat tangan dan bersatu dalam satu suara, bergabung didalam Perkasa bagi mengangkat martabat bangsa yang terhina selama ini. - wallahu-alam!




~bam/

9 comments:

ababina328 said...

Setelah membaca posting sdr diatas, saya rasa berbelah bahagi, sokong pun ada, tak sokong pun ada.

Yang sokong tu ialah berkaitan meminta supaya semua Melayu bersatu, bab tu memang saya sokong.

Yang tak sokong, bila kata melayu berpecah kerana sering bercakaran... bab ni susah sikit.

Kadang2 yg dikatakan bercakaran tu hanyalah perbezaan pendapat sahaja.

Benar!!! dan diakui ada segelintir di kalangan org melayu ini yg tak dapat kawal perasaan dan bertindak keterlaluan bila pendapatnya di sanggah.

Lagi pun apa yg dikatakan bercakaran itu bukan sahaja terdapat dikalangan org Melayu, tetapi juga di kalangan org bukan Melayu.

Oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa, apa yg terjadi kini adalah akibat dari semakin ramainya org cerdik di negara kita.

Akibat dari ramainya org cerdik, maka tidak ramai lagi yg sanggup menjadi pengikut, semuanya nak jadi ketua.

Apabila ramai yg nak jadi ketua, cara yg mudah ialah mengutuk dan mengkondem org lain supaya dirinya nampak hebat, sering keluar TV, akhbar dan lain2.

Walau macam mana pun kewujudan Pribumi Perkasa di alu2 kan, walaupun memang ada dikalangan ahlinya yg akan memjadikan Pribumi perkasa sebagai alat utk menunjulkan diri, itu tak dapat elak, mana kita tahu isi hati org lain kan....

Teruskan usaha anda.

BAM said...

Salam sahabat saya ababina, kadang-kadang memang susah untuk kita membuat keputusan, sama juga seperti saya kini, dimanakah saya hendak meletakkan blog sdr, di-kiri kah atau di-kanan kah?

Arif Omar said...

salam ziarah teruskan perjuangan.

bungaraya said...

Peribahasa melayu juga berkata .."bersatu kita teguh, bercerai kita roboh"!!!!Masalahnya sekarang kita yang tengah bercerai berai ini sebenarnya tahu dan sedar bahawa kita menuju kearah kehancuran yang maha dashyat. Bila melayu sebelah BN menganjurkan perpaduan, Melayu yang kononya memperjuangkan islam sebelah PAS menolak anjuran perpaduan kita dengan prejudia memanjang. Bukankah bodoh namanya tu?

taipingmali said...
This comment has been removed by the author.
YANG GAMBI said...

Salam BAM, Melayu tetap bersatu..... yakinlah....

Anonymous said...

janganlah kamu terlalu menjaga kaummu,kelak mereka akan binasa...pesan junjungan baginda nabi muhammad saw...so,wasiat n amanat baginda,mana lbh penting???

Anonymous said...

Salam, betul tu. Kita jangan jaga bangsa kita. Marikita hancurkan bangsa kita, lacurkan anak isteri kita dan awak dahuluinya.

HISHAM HALIM said...

1. salam.... aper nih bro....
samer2 melayu pun nak gado....
bangsa lain tgk tepuk tgn happy diorang...

2.bro... "allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.."

3. Kiter patut bersatu.. bukan bermusuh sesama kiter.. nih tak.. masing2 dengan agenda politik masing2..

4. Sudah lerr tuh.. fikir2 lerr sendiri bro....

www.orangberiman.blogspot.com