hit counter

Powered by web analytics software.

Monday, January 25, 2010

PRIBUMI PERKASA

Logo Pertubuhan Pribumi Perkasa


TUJUAN DAN MATLAMAT PERKASA:

1. Memperkasakan Islam sebagai Agama Persekutuan
2. Memperkasakan kedaulatan Raja-Raja Melayu
3. Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu
4. Memperkasakan kaum Pribumi
5. Memperetahankan kedaulatan Negara
6. Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan


LAGU PERKASA:

maju langkah bersatu
perkasa darah tubuh bangsaku
jiwa nan cekal pahlawan dulu
bina kekuatan baru
suara anak Malaysia
pertahan nilai bangsa mulia Agama,
raja, negara, tercinta
pribumi perkasa negara
musuh mencabar kugempur
berangkai kita bersama
walaupun bungaku kan gugur
bersambung juang anak Merdeka, Merdeka!
ini tanah bertuah, warisan kita untuk semua
makmur bahagia selama-lamanya
pribumi perkasa Negara (3 kali)



WASIAT RAJA-RAJA MELAYU YANG TELAH DIMAKTUBKAN PADA 31 OGOS 1957


Wasiat mempunyai 7 perkara iaitu seperti berikut:

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia)

2. Kami istiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama kaum-kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah Negara ini.

5. Kami tetapkan Islam adalah Agama Persekutuan.

6. Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU dan,

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi, KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH NKAUM-KAUM LAIN (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak Negeri Sabah dan Sarawak)


~ bam/

No comments: