hit counter

Powered by web analytics software.

Tuesday, February 9, 2010

MELAYU KETANDUSAN PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR BERANI

Dato' Harun Idris



Kepimpinan Melayu kelihatan semakin lemah kebelakangan ini. Kelemahan ini mengakibatkan bangsa Melayu dan pemimpinnya terpaksa bertolak ansur dengan segala macam permintaan dan desakan bangsa Cina dan India. Kita benar-benar dalam dilema kerana ketandusan pemimpin Melayu yang benar-benar ada semangat perjuangkan bangsa.

Siapakah pemimpin harapan kita masa depan sebagai tokoh yang perjuangkan bangsa Melayu, yang boleh dianggap sebagai Ultra Malay? Mampukah Mukhriz? KJ pun kelihatan tidak! Jadi siapa lagi selain mereka? Bangsa Melayu masih tercari-cari pemimpin sebenarnya waktu ini.

Kita imbas kembali, seorang tokoh yang tidak akan kita lupakan sebagai seorang pejuang bangsa Melayu. Yang namanya akan tetap harum dikenang sebagai pahlawan terbilang. Sedekahkan Al-fatihah dan berdoa semuga Allah cucuri rahmat keatas roh-nya.



Dato' Harun Idris (22 Disember 1925 – 19 Oktober 2003) ialah Menteri Besar Selangor yang kelapan yang merupakan ahli politik dan pejuang Melayu yang terkenal terutamanya di negeriSelangor. Di samping itu, beliau adalah tokoh sukan yang penting dalam arena bola sepak bagi negeri Selangor dan juga Malaysia.


Dilahirkan di Petaling, Selangor, abangnya Datuk Hj. Kamaruddin Idris juga telah menjadi Menteri Besar Terengganu. Harun mula bekerja dengan Perkhidmatan Pentadbiran Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1953, beliau belajar undang-undang di Middle Temple, London, United Kingdom.

Apabila Harun tamat pengajiannya dua tahun kemudian, beliau pulang ke Malaysia dan meneruskan khidmatnya dalam kerajaan sehingga mencapai pangkat tertingginya sebagai Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Selangor.


Kerjaya politik:
Beliau mula berjuang untuk kemerdekaan Malaysia pada awal 1950-an apabila menyertai Persatuan Selangor Malaysia. Oleh sebab minatnya yang mendalam dalam bidang politik, beliau meletak jawatan sebagai Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Selangor pada Mac 1964 untuk bertanding dalam pilihan raya umum.

Harun berjaya memenangi kerusi di daerah Morib dan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, suatu jawatan yang dipegangnya selama lebih satu dekad. Semasa beliau berkuasa, negeriSelangor telah mencapai banyak perubahan. Sebagai ahli pemuda UMNO, beliau telah cuba membela nasib rakyat Melayu, terutamanya di kawasan bandar.

Antara ujian Harun yang paling getir ialah ketika Peristiwa 13 Mei 1969 terjadi.
Rusuhan orang Melayu dan pembunuhan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dikatakan terjadi bermula dariRumah Menteri Besar Selangor yang terletak di hujung Jalan Raja Muda Abdul Aziz.

Walaupun begitu, tragedi 13 Mei 1969 telah memberi kesempatan kepada Harun untuk menarik ribuan keluarga ke Kuala Lumpur dan mereka dibenarkan mendirikan rumah setinggan di sekitar bandar Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan beberapa kawasan lain. Di samping itu Kerajaan Selangor telah meluluskan beribu - ribu tapak rumah kepada setinggan - setinggan di sekitar Petaling Jaya, Ampang , Ulu Kelang yang meliputi kampung Datuk Keramat.


Pemenjaraan:
Harun dipersalahkan kerana tuduhan rasuah berkaitan dengan Bank Rakyat. Pada tahun 1975, perlawanan tinju antarabangsa diadakan di Kuala Lumpur antara Muhammad Ali dariAmerika Syarikat dengan Joe Bugner dari Britain. Pertandingan ini tidak mendatangkan keuntungan, sebaliknya menyebabkan beliau dibicarakan dan dihukum penjara selama 8 tahun.

Pada 1 Mac 1977, Harun dipenjarakan di Penjara Pudu selama tiga setengah tahun, iaitu selepas menjalani setengah daripada hukumannya yang sepatutnya tamat pada tahun 1984. Beliau dibebaskan pada tahun 1981 selepas Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-4.

Harun dipenjarakan kerana Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, seorang yang tegas dan memegang prinsip undang-undang. Penyokong Harun meminta jasa baik Tunku Abdul Rahman agar Harun dibebaskan. Sebenarnya pada 1969, Harun telah memalukan Tunku kerana tidak berjaya membela orang Melayu sehingga terjadi Peristiwa 1969 itu. Tunku menasihati Harun menerima hukuman itu dan kemudian membuat rayuan. Rayuan dikemukakan kepada Tun Hussein selaku Perdana Menteri, tetapi rayuannya ditolak.

Pada 28 Julai 1981, Yang diPertuan Agong Malaysia Sultan Haji Ahmad Shah mengadakan Persidangan Lembaga Pengampunan. Laporan dari penjara dan jasa-jasa Harun dipertimbangkan. Pada 1 Ogos 1981, Harun dibebaskan oleh Lembaga Pengampunan. Maka pada 31 Ogos 1981, Sultan Ahmad Shah memberi pengampunan kepada Harun sempena Jubli Perak Merdeka.

Pembebasan Harun menimbulkan beberapa implikasi:
Seseorang rakyat boleh diampunkan oleh Raja dan ini membelakangkan keputusan mahkamah dan para hakim. Apakah kes-kes lain turut boleh diampunkan?
Penyokong Harun bersyukur dan berdiam diri.

Segelintir penyokong Harun merayu beliau aktif semula dalam politik. Mengikut undang-undang pertubuhan , seseorang yang telah dipenjarakan, sungguhpun telah dibebaskan, masih tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Jadi Harun tidak boleh bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun, kecuali mendapat pengampunan.

Jika Harun diampunkan, ini bermakna Harun mungkin boleh dilantik semula menjadi Menteri Besar, Menteri, malahan Perdana Menteri Malaysia.
Harun dipilih sebagai Naib Presiden UMNO, kedudukan ke-3 dalam hierarki UMNO pada tahun 1981.


Menyertai Semangat 46:
Apabila UMNO diharamkan pada 1988 akibat bantahan UMNO 11, Harun Idris menyertai Parti Semangat 46. Beliau berkempen di seluruh negara agar orang Melayu menyertai Semangat 46. Harun turut berkempen di Tasek, Ipoh, Perak . Apabila pilihan raya kecil Ampang Jaya diadakan pada 1989, Harun Idris bertanding di Ampang Jaya. Barisan Nasional / MCA diwakili oleh Ong Tee Keat, satu tokoh baru dari MCA. Ramai pemimpin PAS seperti Mohamad Sabu berkempen di Kampung Ampang Campuran , Ampang Jaya. Malangnya Harun Idris tewas kerana ketokohannya sebagai pejuang Melayu 13 Mei telah luntur. Pengundi Cina masih ingat akan peranan beliau semasa 13 Mei.


Sebagai tokoh sukan:
Sebelum mengorak langkah dalam arena politik, Harun telah menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selama 18 tahun mulai daripada tahun 1961. Beliau merupakan peneraju utama dalam menghimpunkan pasukan bola sepak yang terbaik yang telah memenangi Piala Malaysia selama beberapa tahun. Harun kemudiannya digantikan oleh anaknya, Mazlan Harun.

Pada 1972, Harun telah dilantik sebagai ketua perwakilan untuk kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Munich, Jerman. Lebih sedekad selepas itu, iaitu pada 1984, beliau diberi penghormatan sekali lagi apabila dilantik sebagai Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Selain daripada bola sepak, beliau sangat aktif dalam sukan golf dan pernah menjadi presiden Persatuan Pemain-pemain Golf Profesional Malaysia (MPGA) antara 1984 hingga 1989.

Namun begitu, keghairahannya dalam mempromosikan sukan telah membawa kepada kejatuhannya. Pada tahun 1975, Harun telah menganjurkan suatu perlawanan tinju bertaraf antarabangsa antara Muhamad Ali dengan Joe Bugner. Walaupun perlawanan ini telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah arena sukan antarabangsa, beliau kemudiannya disabitkan bersalah kerana rasuah. Perbuatan rasuah itu disebabkan oleh tekanannya untuk membiayai kerugian yang amat besar daripada penganjuran perlawanan tinju tersebut.


Sumber: Wikipedia Ensiklopedia


1 comment:

one one no belen said...

Dakah lagi pemimpin UMNO seperti ini sekarang? jawapannya TIDAK..