hit counter

Powered by web analytics software.

Saturday, April 28, 2012

MALAYSIA AKAN HURU-HARA SEBAGAIMANA DI MESIR




Bersedialah Malaysia untuk jadi seperti negara-negara Arab. Bersedia untuk huru-hara. Bersedia untuk berubah dari hidup dalam aman damai kepada penuh kesengsaraan. Ini adalah hukum alam. Ini juga adalah balasan Allah kepada umat akhir zaman.

Sebelum itu, bersedialah untuk Melayu mengadai tanah airnya sendiri. Bersedialah Melayu untuk khianati bangsa dan negaranya. Bersedialah Melayu untuk berbuunuhan sesama Melayu dan mengangkat bangsa lain dan musuh Islam menjadi khalifah di negara sendiri.























Friday, April 27, 2012

#BERSIH3 BERMULA DENGAN PERKHEMAHAN MAKSIAT






Salam Jumaat!

Esok Puak-puak Pakatan Haramjadah tu akan tetap adakan demo #Bersih3. Ntah apa yg nak dibersihkan kita tak tau. Patut yang dibersihkan terlebih dahulub adalah fikiran dan otak mahasiswa yang dah jadi mahasisewel. Yang berkhemah di Dataran Merdeka bercampur gaul jantan betina. Ada yang tidur satu khemah entah apa yang dibuatnya. Kesian mak bapak yang hantar belajar dan mengharap mereka jadi terpelajar tetapi rupanya mereka lebih sanggup jadi bodoh dan kurang ajar.

Apa yang mereka hendak kita pun tidak tahu. Yang kita tahu adalah ada dana besar yang mempu membayar setiap orang yang hadir beratus-ratus ringgit. Tujuan perancangnya utk huruharakan negara biar negara luar nampak kita tidak aman, biar pelabur asing lari dan negara kita jadi miskin kembali. Biar rakyat hidup susah dan jadi seperti negara Afrika.

Mereka hendak Arab Spring juga terjadi di negara kita. Supaya rakyat memberontak dan negara asing akan dengan alasan membantu akan menjajah negara kita. Negara yang selama ini sudah memberi banyak dana dan peruntukan kepada Anu arr untuk realisasikan mimpi setannya.

Mari kita halang dari ini semua terjadi.

Thursday, April 26, 2012

SIBERTROPPER BN SYOK SENDIRI?


Foto hiasan: Sumber blog RBF

Sudah lama tidak menulis. Namun kini teruja dengan kepanasan suasana PRU yang semakin hampir. Teruja juga melihat gelagat kawan-kawan yang 'cari makan' dengan media sosial.

Pilihanraya semakin hampir. Sama ada bulan mei, jun, julai, ogos atau bila-bila sekalipun, ianya tetap semakin hampir.

Kedua-dua pihak, BN dan Pakatan Pembangkang (3 dalam 1 - kerana ianya satu gabungan sementara  yang tidak kukuh), sudah memulakan kempennya sebelum 'wisel' ditiup. Yang sana menuduh sini, yang sini menuduh yang sana.

Malangnya negara kita yang bangsa melayu merupakan majoriti tetapi kehilangan majoritinya dalam PRU kerana telah berpecah kepada beberapa kumpulan. Akhirnya majoriti jadi minoriti dan kehilangan kuasa. Tidak mustahil kaum yang minoriti tetapi bersatu padu serta punya asas ekonomi yang kukuh akan menguasai politik negara.

Mereka kelak akan mengubal undang-undang menurut citarasa mereka untuk terus menguasai dan menjadikan bangsa melayu, pemilik asal negara sebagai 'abdi'. Mungkin sejarah 'red indian' di amerika boleh dijadikan rujukan.

Dalam PRU kali ini, media sosial akan memberikan sumbangan besar kepada keputusannya. Jika dalam PRU lalu, penggunaan media maya dikatakan tidak seimbang, namun ketika ini banyak pihak dalam UMNO sudah mendabik dada menyatakan bahawa mereka sudah menyiapkan jenteranya dan sudah bersiap sedia.

Benarkan jentera siber BN sudah bersiap sedia?

Saya membaca diblog seorang sahabat lama, RBF Online (Klik Sini) Nampak seperti ada yang terbuku dihatinya. Sekali lalu bukanlah apa sangat, namun ada yang lebih mendalam yang ingin disampaikannya. Ini mengenai Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO itu sendiri. Yang kelihatan pincang dibawah pimpinan Tun Faizal yang seakan-akan hanya syok sendiri dalam bermedia sosial.

Menurut mereka yang menyertai satu kursus media siber baru-baru ini, fasilitatornya dihentam keras kerana kegagalan menterjemahkan apa yang ingin disampaikan. UMB kena ingat, yang hadir ketika ini bukanlah mereka yang dihantar oleh Bahagian UMNO seperti dahulu yang hanya boleh 'on' dan 'off' laptop saja. Malah mereka lebih dari itu, lebih dari keupayaan fasi dan mereka mahukan ilmu yang lebih, jadi mengajar mereka sebagaimana mengajar kanak-kanak tadika sudah tentu mengundang kemarahan mereka.

Module kursus harus dibuat lebih lengkap dan mengkhususkan kepada perang siber. Bukan hanya meceritakan tentang aplikasi media sosial serta gah dengan ranking masing-masing serta berkisahkan pasal kpi yang membosankan peserta.

Jawapan kepada persoalan di atas tadi, (Benarkan jentera siber BN sudah bersiap sedia?) jika inilah dan beginilah, maka nyata kita masih belum bersedia.

Jentera siber UMNO belum benar-benar mantap dan tidak benar-benar kukuh bersatu padu. Ada yang mendabik dada kehulu kehilir sambil menuliskan didahi masing-masing ranking mereka, ada yang kesana kemari bercerita mengenai kpi semata-mata, ada juga yang sibuk berkonvesyen disana-sini sambil menggosok perut masing-masing dan ada yang dibiarkan sendirian tanpa perhatian.

Bukan konvesyen yang kita perlukan dengan mengumpulkan beribu-ribu peserta untuk tunjukkan kekuatan sokongan kita. Yang lebih perlu adalah cara bagaimana dapat kita berjuang sebagai satu pasukan dalam perang siber. Bagaimana kita tentukan sasaran dan apa yang turutan tindakan yang patut kita lakukan sercara konsisten untuk memastikan musuh kita musnah.

Menurut facebookers terkenal yang sertai kursus berkenaan, ilmu perang siber kita masih rendah dan bahkan tidak diajar secara khusus dalam kursus berkenaan. Oleh itu satu kursus yang benar-benar menjurus kepada teknik perang siber mestilah diadakan untuk membina satu pasukan sibertropper yang mantap. Untuk memenangi perang spekulasi dalam alam siber. Serta, melakukannya dalam kadar segera kerana kita pasti bahawa selambat mana pun PRU, hakikatnya ianya sudah semakin hampir.












Wednesday, April 18, 2012

JANJI KOSONG PAKATAN





BANYAK yang sudah disebut mengenai janji-janji kosong Pakatan Rakyat jika ditakdirkan akhirnya berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Keghairahan ‘melafazkan’ janji ini menjadi terlalu hebat sehingga ramai terlupa, berapa nilai semua janji yang disebutkan itu?

Persoalan itu penting kerana diakhirnya, kerajaan yang diterajui Pakatan Rakyat nanti perlu mempunyai keupayaan untuk melaksanakan semua janji-janji itu, atau awal-awal lagi kita sudah boleh membakul sampahkan janji-janji tersebut kerana nampak sangat tidak masuk akal.

Beruang nak ambil kesempatan ini untuk perbahaskan 3 janji utama Pakatan Rakyat ini jika akhirnya berjaya memerintah kerajaan persekutuan. Yang paling di atas sudah tentulah janji untuk memberi pendidikan percuma kepada semua rakyat (termasuk penghapusan PTPTN), tol percuma dan subsidi minyak (termasuk menaikkan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 20% dari 5% sekarang).

Untuk janji yang pertama, pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.
Memetik kenyataan Perdana Menteri di Batu Pahat tempoh hari, kerajaan akan kehilangan hasil sebanyak RM 43 billion untuk tujuan menghapuskan pinjaman PTPTN. Untuk membiayai sepenuhnya pengajian di semua Insititusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan mengambil alih lebih 500 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi merealisasikan janji perkhidmatan percuma akan memakan belanja sehingga RM 100 billion!!

Jumlah ini adalah berdasarkan kepada lebih 90,000 orang pelajar yang sedang menuntut di IPTS seluruh negara (mengikut statistic 2011) yang juga merupakan ke 11 tertinggi di dunia dan hakikat bahawa kerajaan akan menanggung baki 10% daripada keseluruhan pembiayaan pendidikkan bagi semua pelajar IPTA (kerajaan sekarang menanggung 90% daripada keseluruhan kos pembelajaran pelajar IPTA).

Bagi menampung subsidi bahan api pula, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 18 billion untuk subsidi harga bahan api tersebut pada 2011. Anwar masih tidak mengumumkan berapa nilai penurunan harga minyak jika Pakatan Rakyat mengambil alih tapi beruang jangka sekitar RM 0.10 – RM 0.30 seliter. Penurunan ini akan menambah subsidi kerajaan untuk bahan api sahaja sehingga RM 22 billion setahun.

Manakala bagi menampung kenaikan royalti minyak untuk Sabah dan Sarawak sebanyak 15% lagi (menjadikan 20%) dan bayaran royalti kepada negeri Terengganu dan Kelantan, kosnya dijangka akan mencecah sehingga RM 20 billion. Unjuran ini dibuat berdasarkan nilai 5% royalti minyak yang dibayar kepada Sabah, Sarawak dan Terengganu (termasuk bayaran wang ehsan kepada Kelantan) pada 2011 yang sudah mencecah sehingga RM 10 billion.

Bagi mengambil alih konsesi tol bagi merealisasikan janji tol percuma pula, kerajaan perlu membayar sebanyak RM 20 billion berdasarkan nilai semasa syarikat pengendali Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang terdedah semasa pengambil alihan syarikat tersebut oleh Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Jumlah ini tidak termasuk dengan syarikat-syarikat konsesi lain yang telah mencatatkan keuntungan (buku Jingga menyatakan Pakatan Rakyat akan mengambil alih semua syarikat konsesi yang telah mencapai keuntungan sahaja).

Sekarang tibalah bahagian yang menarik, penjumlahan. Pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN dianggar akan menelan hasil negara sebanyak RM 143 billion (minimum), subsidi minyak dan peningkatan bayaran royalti, RM 42 billion dan tol percuma RM 20 billion.

Semua sekali menjadikan kos untuk menampung 3 janji Pakatan Rakyat ini sahaja sebanyak RM 205 billion!! Ini belum lagi bercakap tentang subsidi lain dan segala perbelanjaan pembangunan dan pengurusan negara yang dianggarkan antara RM 80 – RM 100 billion setahun.

Persoalannya sekarang, setakat mana kemampuan kewangan negara untuk menampung semua janji tersebut? Agak menghairankan bagaimana Pakatan Rakyat yang tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai kewangan negara boleh merencanakan perbelanjaan kewangan yang sebegitu besar untuk rakyat Malaysia.

Beruang tidak kata Pakatan Rakyat tidak mampu, tapi dari anggaran yang disebutkan di atas, jelasnya Pakatan Rakyat perlukan lebih dari air liur semata-mata untuk memastikan semua janji tersebut berjaya dilaksanakan. Dan rakyat Malaysia mengharapkan semua ini dibentangkan dengan jelas kepada rakyat agar apa yang berlaku di Selangor sekarang tidak menimpa rakyat Malaysia selepas PRU13 berakhir.

Dan jangan lupa, ini hanyalah 3 daripada deretan janji Pakatan Rakyat dalam buku Jingga sekarang dan versi baru yang sedang dikemaskini sekarang.